BH Online
Ringkasan Berita

Banjir di Melaka: Bilangan mangsa di tempatkan di PPS berkurangan setakat 4 petang tadi

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan dengan 907 orang daripada 292 keluarga masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, setakat jam 4 petang tadi.
Banjir di Melaka: Bilangan mangsa di tempatkan di PPS berkurangan setakat 4 petang tadi

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (duduk kiri) menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Tanjung Minyak 2 hari ini. - Foto BERNAMA

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan dengan 907 orang daripada 292 keluarga masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, setakat jam 4 petang tadi.

Penurunan seramai 55 orang atau 5.7 peratus berbanding 962 orang daripada 307 keluarga setakat 12 tengah hari ini, didorong faktor cuaca panas dan semakin baik serta air surut di lokasi yang terjejas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, di Alor Gajah hanya sebuah PPS iaitu Balai Raya Kampung Seri Jeram masih beroperasi dan menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga.

Katanya, PPS di PERKIM Masjid Tanah yang dibuka jam 2 petang semalam pula ditutup jam 3 petang tadi.

"Daerah Melaka Tengah kekal merekodkan jumlah mangsa paling ramai dengan 859 orang daripada 280 keluarga ditempatkan di empat PPS.

"Daripada jumlah itu, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, menempatkan mangsa tertinggi seramai 605 mangsa daripada 198 keluarga.

"Ini diikuti SK Taman Bukit Rambai (186 mangsa, 55 keluarga); JAPERUN Pantai Kundur (44 orang, 18 keluarga) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bertam Ulu (24 mangsa, sembilan keluarga)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kamarulsyah berkata, bagi daerah Jasin, seramai 11 keluarga membabitkan 45 mangsa dari Kampung Gapam, Kampung Lubuk Kasau dan Kampung Tehel (Parit Lampung) ditempatkan di SK Tehel yang dibuka jam 9.40 pagi tadi.

Katanya, pihak APM selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka terus memantau rapi perkembangan banjir bersama agensi lain.

Video Terkini

Berita Berkaitan