BH Online
Ringkasan Berita

`Tiada yang pelik dengan percaturan PAS' - Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PAS mempertahankan percaturan dan strategi kempen parti itu yang dianggap sesetengah pihak satu pengkhianat terhadap rakan kerjasamanya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu BERSATU, sekali gus memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) mengungguli Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
`Tiada  yang pelik dengan percaturan PAS' - Annuar Musa

Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PAS mempertahankan percaturan dan strategi kempen parti itu yang dianggap sesetengah pihak satu pengkhianat terhadap rakan kerjasamanya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu BERSATU, sekali gus memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) mengungguli Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRN Johor, Tan Sri Annuar Musa, dalam satu hantaran di Facebook menegaskan tiada yang pelik dengan percaturan PAS, malah ia berhasil menyekat kemenangan musuh politik mereka, Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Beliau membidas kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa PAS berjaya menamatkan riwayat rakan kerjasama politik utamanya dalam PN iaitu BERSATU secara total susulan kemenangan besar BN.

"Puad kata di Johor, politik PAS pelik. Tak pelik kalau kita cuba sekat kemenangan musuh. Yang pelik bila kita cuba kalahkan kawan.

"Jika anda tidak boleh menang, anda masih boleh membuat "musuh" anda kalah," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara daripada PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menyifatkan keputusan PRN Johor adalah satu isyarat jelas mengenai pendirian politik PAS.

"PAS telah memberi isyarat jelas bahawa BN adalah lebih baik daripada PH. Tahniah Bangsa Johor," katanya ringkas.

Pada PRN Johor, BN berjaya mengekalkan status quo di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam PRN Johor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, berkata BN memenangi 48 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada pilihan raya kali ini, manakala lapan kerusi lagi berpihak kepada PH.

PN yang mempertaruhkan calon di 33 kerusi DUN gagal memenangi sebarang kerusi, malah PAS turut gagal mempertahankan DUN Maharani, iaitu satu-satunya kerusi yang DUN dimenangi pada PRN Johor 2022.

Video Terkini

Berita Berkaitan