KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga negeri dan Labuan hingga jam 2 petang ini.
METMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 11.25 pagi, memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Rompin, Pahang.
Bagi Negeri Sembilan, ia diramal berlaku di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.
Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimetersejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.




















