BH Online
Ringkasan Berita

`Pengalaman bermakna jadi calon Bebas'

JOHOR BAHRU: "Menang atau kalau, ia di tangan pengundi, namun pengalaman menjadi calon PRN Johor ke-16 amat mencabar serta bermakna bagi saya," kata calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Wang Wee Siong.
`Pengalaman bermakna jadi calon Bebas'

Calon Bebas kerusi DUN Puteri Wangsa, Wang Wee Siong selepas mengundi di Sekolah Menengah Agama Taman Setia Indah. - Foto ihsan Wang Wee Siong

JOHOR BAHRU: "Menang atau kalau, ia di tangan pengundi, namun pengalaman menjadi calon PRN Johor ke-16 amat mencabar serta bermakna bagi saya," kata calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Wang Wee Siong.

Wee Siong berkata, dia tidak akan melupakan pengalaman mendekati masyarakat serta mengenali isu atau permasalahan dialami.

Beliau berkata, selama dua minggu berkempen, dia juga berminat untuk melaksanakan khidmat masyarakat pada masa depan.

"Dua isu yang saya tidak dapat lupakan adalah isu Rohingya di Kangkar Tebrau dan isu sistem kumbahan di Taman Sinaran Kempas.

"Bergelar wakil rakyat atau tidak saya akan berusaha membantu dalam isu ini dengan cara tersendiri. Saya berterima kasih kepada semua masyarakat yang mesra ketika pertemuan kami," katanya.

Terdahulu Wee Siong tiba di Sekolah Menengah Agama Taman Setia Indah, di sini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Beliau berdepan empat pencabar di DUN Puteri Wangsa iaitu bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mewakili Pakatan Harapan (PH); calon muka baharu Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling; Rashifa Aljunied daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta Nicholas Paul Vincent daripada Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).

Video Terkini

Berita Berkaitan