BH Online
Ringkasan Berita

Nahas konvoi RXZ: Polis siasat video penunggang motosikal berlumba - Ashari

KUANTAN: Satu rakaman video dipercayai daripada kamera papan pemuka tular memaparkan aksi beberapa peserta konvoi membabitkan Yamaha RXZ menunggang motosikal secara laju sebelum terbabit kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu awal pagi tadi.
Nahas konvoi RXZ: Polis siasat video penunggang motosikal berlumba - Ashari

Tangkap layar video tular daripada kamera papan pemuka mengenai aksi penunggang motosikal, dengan polis turut menyiasat sekiranya mereka berlumba.

KUANTAN: Satu rakaman video dipercayai daripada kamera papan pemuka tular memaparkan aksi beberapa peserta konvoi membabitkan Yamaha RXZ menunggang motosikal secara laju sebelum terbabit kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu awal pagi tadi.

Selain menunggang secara laju seolah-olah berlumba, video berdurasi satu minit itu turut memaparkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya 'superman'.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, mengesahkan video tular itu berkaitan dengan kemalangan membabitkan peserta konvoi Yamaha RXZ di LPT 1 dekat susur keluar Plaza Tol Jabor, di sini, yang mengorbankan empat nyawa.

Beliau mengesahkan polis turut menyiasat rakaman kamera papan pemuka itu mengenai aksi sekumpulan penunggang motosikal yang disyaki berlumba sebelum terbabit kemalangan.

"Lebih 30 motosikal terbabit dalam kemalangan itu.... selain empat maut, 20 lagi cedera," katanya ringkas.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi empat yang maut adalah Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33; Mohd Aizat Husin, 33 dan Muhammad Safawi Md Noh, 24.

Nahas berlaku selepas sebuah motosikal terlanggar belakang sebuah kereta di lorong kanan lebuh raya, menyebabkan beberapa lagi penunggang tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan.

Ketika kejadian semua motosikal dan kereta terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju Kemaman di Terangganu.

Sementara itu, Pengurus Operasi sebuah restoran terkenal di Indera Mahkota, Rizuan Abdullah, 44, berkata semua mangsa termasuk hampir 100 penunggang motosikal berkunjung ke premisnya malam tadi untuk jamuan makan malam.

Menurutnya, sebahagian besar mereka adalah penunggang Yamaha RZX dari Terengganu dan sekitar Kuantan.

"Semua mereka pulang selepas jam 12 tengah malam setelah hujan berhenti dan kira-kira jam 1.30 pagi, saya dimaklumkan oleh rakan mangsa mengenai kemalangan itu.

Video Terkini

Berita Berkaitan