BH Online
Ringkasan Berita

Nahas konvoi RXZ: Lebih 30 motosikal terbabit, 20 mangsa cedera - Polis

KUANTAN: Polis mengesahkan sekurang-kurangnya 20 mangsa tercedera dalam nahas mengorbankan empat nyawa di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor, di sini, hari ini.
Nahas konvoi RXZ: Lebih 30 motosikal terbabit, 20 mangsa cedera - Polis

Tangkap layar video tular kemalangan membabitkan konvoi RXZ di LPT1.

KUANTAN: Polis mengesahkan sekurang-kurangnya 20 mangsa tercedera dalam nahas mengorbankan empat nyawa di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, turut mengesahkan lebih 30 motosikal terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu.

"Seramai 20 mangsa disahkan cedera dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Kemalangan membabitkan lebih 30 motosikal," katanya melalui kemas kini kes itu kepada media.

Terdahulu, empat penunggang motosikal dilapor maut dengan beberapa lagi cedera selepas kumpulan penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dan sebuah kereta terbabit kemalangan ketika berkonvoi menuju Kemaman

Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, serta Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan dan Mohd Aizat Husni masing-masing berusia 33 tahun.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Kemalangan turut menyebabkan seorang penumpang kereta iaitu seorang remaja berusia 13 tahun cedera pada tengkuk, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

Video Terkini

Berita Berkaitan