BH Online
Ringkasan Berita

Hujan lebat, ribut petir diramal di beberapa daerah di Johor sehingga tengah hari - MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang untuk lima negeri sehingga jam 12 tengah hari ini, termasuk beberapa daerah di Johor.
Hujan lebat, ribut petir diramal di beberapa daerah di Johor sehingga tengah hari - MetMalaysia

Hujan sejak awal pagi tadi tidak membataskan pergerakan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang untuk lima negeri sehingga jam 12 tengah hari ini, termasuk beberapa daerah di Johor.

Menurut MetMalaysia, daerah terbabit meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Untuk rekod, Johor berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini untuk memilih wakil rakyat baharu bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)..

Selain Johor, amaran dikeluarkan jam 9 pagi turut meliputi beberapa daerah di tiga negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, selain seluruh Melaka.

Untuk Kedah, MetMalaysia memaklumkan ia membabitkan kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang, sementara Perak meliputi Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Negeri Sembilan pula membabitkan dua daerah iaitu Rembau dan Tampin.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Video Terkini

Berita Berkaitan