BH Online
Ringkasan Berita

PRN Johor: Cuaca pun nampak baik, selamat mengundi kepada seluruh bangsa Johor - Onn Hafiz

KLUANG: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
PRN Johor: Cuaca pun nampak baik, selamat mengundi kepada seluruh bangsa Johor - Onn Hafiz

Onn Hafiz mengundi di SK Simpang Renggam - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KLUANG: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.

Beliau yang juga calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, selesai mengundi sekitar jam 8.35 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Onn Hafiz turut mengucapkan selamat mengundi kepada semua pemilih berdaftar pada PRN Johor kali ini.

"Alhamdulillah, saya tengok dari segi suasana, bangsa Johor akan mengundi pada hari ini dan (semoga) berada dalam keadaan baik.

"Cuaca pun nampak baik. Jadi, saya mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh bangsa Johor," katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz yang memakai baju Melayu berwarna putih serta bersongkok, tiba di pusat mengundi sekitar jam 8.06 pagi.

Video Terkini

Berita Berkaitan