BH Online
Ringkasan Berita

Anwar janji tingkat bantuan SARA jika kerajaan, PH dapat sokongan rakyat

KLUANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan meningkatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kerajaan Persekutuan kekal stabil dan Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan rakyat.
Anwar janji tingkat bantuan SARA jika kerajaan, PH dapat sokongan rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Grand Finale DUN Layang-Layang sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Simpang Renggam, Johor. - Foto AIZUDDIN SAAD

KLUANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan meningkatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kerajaan Persekutuan kekal stabil dan Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan rakyat.

Pengerusi PH itu berkata, penambahan itu mampu dilaksanakan kerana kerajaan mengurus kewangan negara secara berhemah tanpa ketirisan.

"Kalau kerajaan ini stabil, rakyat sokong, PH kuat, kita akan tambah SARA lagi bagi rakyat.

"Tahu sebab apa? Sebab kita bukan curi," katanya semasa berucap di Grand Finale Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan seperti SARA diwujudkan bagi membantu golongan yang berdepan kesukaran mendapatkan keperluan harian.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh membiarkan rakyat hidup susah dan terus terbeban dengan kos sara hidup.

"Saya dengar ada orang miskin mahu beli minyak masak pun tak cukup duit.

"Macam mana saya boleh jadi Perdana Menteri, kereta ada, rumah ada, tapi rakyat saya susah hendak beli barang keperluan. Disebabkan itu, kita beri SARA," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan