BH Online
Ringkasan Berita

Seorang lagi Ahli MPT BERSATU umum keluar parti, lepaskan jawatan

KUALA LUMPUR: Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Aziman Hadi Nazri, mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
Seorang lagi Ahli MPT BERSATU umum keluar parti, lepaskan jawatan

Aziman Hadi Nazri mengumumkan peletakan jawatan EXCO Armada Nasional dan Ahli MPT BERSATU, berkuat kuasa serta-merta. - Foto FB Aziman Hadi

KUALA LUMPUR: Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Aziman Hadi Nazri, mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Aziman berkata, beliau memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai EXCO Armada Nasional dan Ahli MPT BERSATU.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, rakan seperjuangan serta ahli yang memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama sepanjang beliau menggalas amanah dalam parti.

"Saya Aziman Hadi Nazri, dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai EXCO Armada Nasional dan Ahli MPT BERSATU, berkuat kuasa serta-merta.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, rakan-rakan seperjuangan serta semua ahli yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama sepanjang saya menggalas amanah dalam parti," katanya dalam kenyataan di Facebook pada hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ahli MPT BERSATU bagi memberi tumpuan penuh kepada urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Turut mengambil langkah sama menyerahkan surat peletakan jawatan pada minggu lalu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena merangkap EXCO kerajaan negeri, Marzita Mansor.

Selain itu, Setiausaha BERSATU Perlis, Azahar Hassan, juga mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta, sekali gus melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti.

Sementara itu, Aziman turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan ahli Armada di semua peringkat yang bersama-sama memperkukuhkan parti serta membawa suara golongan muda.

Beliau berkata, segala pengalaman, persahabatan dan ruang perjuangan yang diberikan sepanjang berada dalam BERSATU akan sentiasa dihargai.

"Terima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan