BH Online
Ringkasan Berita

Bidas-membidas sesama parti Kerajaan Perpaduan cerminan politik matang, profesional

KOTA TINGGI: Tindakan parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan saling membidas sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah perkara biasa dan mencerminkan kematangan berpolitik.
Bidas-membidas sesama parti Kerajaan Perpaduan cerminan politik matang, profesional

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersama calon BN DUN Pasir Raja, Datuk Seri Dr Adham Baba, ketika program sarapan di Taman Sri Saujana - NSTP/NURATIKAH ATHILYA HASSAN.

KOTA TINGGI: Tindakan parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan saling membidas sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah perkara biasa dan mencerminkan kematangan berpolitik.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perbezaan pendirian ketika berkempen tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa kerana parti terbabit masih menjalankan tanggungjawab secara profesional.

Katanya, situasi itu pernah dilalui ketika beliau menerajui kerajaan yang dianggotai UMNO, PAS, BERSATU dan beberapa parti lain.

”‹"Itu biasa, dah pernah berlaku. Waktu pilihan raya di Melaka contohnya, kita berbeza. Malam katakan mesyuarat hari Rabu, mesyuarat Kabinet. Selasa malam itu kita 'hentam' sesama kitalah.

”‹"Tapi esoknya mesyuarat Kabinet, seperti biasa. Maknanya kita profesional dari segi itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Datuk Seri Dr Adham Baba, di Taman Sri Saujana, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata BN menghargai kesediaan PAS menggesa penyokongnya memberikan sokongan kepada calon BN di kerusi yang tidak ditandingi parti itu pada PRN Johor.

Katanya, kerjasama sedemikian bukan sesuatu yang asing kerana pernah dilaksanakan ketika Muafakat Nasional (MN).

”‹"Kita terima kasih banyak-banyak, kalau betul. Ini pun bukan perkara pelik, dulu waktu dalam Muafakat Nasional (MN), PAS sokong kita secara terbuka (di Selangor).

"Kita harap kalau betul di sini dia bantu kita, di Negeri Sembilan pun mungkin begitu," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan