BH Online
Ringkasan Berita

Operasi Hospital Rompin tidak terjejas susulan perhimpunan kakitangan syarikat bukan konsesi

KUANTAN: Operasi Hospital Rompin dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit tidak terjejas susulan rakaman tular membabitkan perhimpunan pekerja syarikat bukan konsesi di hospital berkenaan.
Operasi Hospital Rompin tidak terjejas susulan perhimpunan kakitangan syarikat bukan konsesi

Foto hiasan

KUANTAN: Operasi Hospital Rompin dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit tidak terjejas susulan rakaman tular membabitkan perhimpunan pekerja syarikat bukan konsesi di hospital berkenaan.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memaklumkan bahawa jabatan berkenaan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas.

"JKN Pahang mengambil maklum berhubung rakaman video yang tular di media sosial memaparkan perhimpunan membabitkan kakitangan syarikat bukan konsesi di Hospital Rompin.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

"Sebarang perkembangan berkaitan perkara ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, seramai 24 pekerja masing-masing kakitangan pembersihan dan penyelenggaraan kawasan hospital mendakwa tidak menerima gaji, termasuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak dibuat.

Bagaimanapun, isu itu diselesaikan selepas pengurusan syarikat membuat pembayaran gaji kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Video Terkini

Berita Berkaitan