BH Online
Ringkasan Berita

Undi Gen Z penentu hala tuju negeri

ANAK muda yang memangkah kertas undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok, bukan sekadar meraikan demokrasi tetapi turut menggalas tanggungjawab menentukan hala tuju negeri untuk penggal pentadbiran akan datang.
Undi Gen Z penentu hala tuju negeri

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian. - foto NSTP

ANAK muda yang memangkah kertas undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok, bukan sekadar meraikan demokrasi tetapi turut menggalas tanggungjawab menentukan hala tuju negeri untuk penggal pentadbiran akan datang.

Naratif golongan berusia bawah 30 tahun atau Generasi Z (Gen Z) dilihat lebih mengambil kira perkembangan semasa sebelum membuat pilihan dan tidak terlalu memberi tumpuan terhadap kesetiaan kepada mana-mana parti secara khusus.

PENGUNDI10 USIA

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, berkata corak undi golongan muda tidak lagi terikat kepada kesetiaan parti, terutama mereka yang mungkin pertama kali atau kali kedua mengundi.

Golongan ini, tegasnya, lebih mudah dipengaruhi isu semasa, kredibiliti calon, naratif kempen dan kandungan digital yang dekat dengan kehidupan seharian.

HQ130917KB050
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian. - foto NSTP

"Saya melihat hari terakhir kempen perlu lebih tertumpu kepada usaha menggerakkan penyokong keluar mengundi berbanding mengubah pendirian mereka yang sudah membuat keputusan.

"Dalam suasana pertandingan yang dijangka sengit di beberapa kerusi marginal, keupayaan sesebuah parti memobilisasi pengundi muda berkemungkinan menjadi faktor yang membezakan antara kemenangan dan kekalahan," katanya kepada BH.

PRN Johor kali ini menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan kemuncaknya bakal berlangsung esok selepas pengundian awal pada Selasa lalu.

Sivamurugan yang juga Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), berpandangan BN tidak boleh terlalu selesa dengan ramalan bakal menang besar di PRN Johor walaupun mempunyai kekuatan jentera.

PENGUNDI10 USIA LAGI

"Persepsi kemenangan sudah terjamin boleh mengundang sikap leka dalam kalangan penyokong sendiri.

"Apa yang lebih perlu diutamakan ialah pengundi terus dimobilisasi sehingga tamat waktu mengundi, terutama golongan muda.

"Pada masa sama, PH dan parti lain akan berharap kepada peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi dalam kalangan pengundi muda, khususnya di kawasan bandar dan separa bandar untuk meningkatkan daya saing," katanya.

'Swing voters' sukar dijangka

Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Afifi Abdul Razak, berkata kedudukan pengundi bebas atau swing voters dalam kalangan pengundi muda boleh menjadi faktor utama mengapa ramalan kemenangan pada PRN Johor kali ini agak sukar dibuat.

afifirazak
Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Afifi Abdul Razak.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRN Johor kali ini membabitkan 2,727,926 pengundi berdaftar dan sebahagian besar penambahan berbanding 2022 adalah hasil UNDI18 serta pendaftaran automatik.

"Golongan inilah yang paling sukar diramal kerana tiada rekod mengundi terdahulu untuk dianalisis oleh mana-mana jentera parti atau firma tinjauan.

"Generasi ini dan Gen Z membesar dalam era pentadbiran silih berganti daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sejak 2018.

"Justeru, mereka tidak mempunyai rekod kesetiaan kepada mana-mana parti seperti generasi ibu bapa masing-masing," katanya.

Keadaan itu, jelasnya, menjadikan penilaian mereka lebih transaksional atau bersyarat dengan melihat kepada pelbagai isu semasa, merangkumi kos sara hidup, peluang kerja dan ketelusan tadbir urus.

Beliau bagaimanapun menjangkakan, BN berpeluang merangkul kerusi majoriti namun bilangan kerusi dan peratusan undi popular mungkin merosot sekiranya golongan muda memilih untuk mengundi berdasarkan isu setempat atau melihat kepada calon, berbanding jenama parti.

Video Terkini

Berita Berkaitan