BH Online
Ringkasan Berita

Kes tikam di sekolah: Suspek remaja perempuan didakwa di mahkamah esok

BANTING: Suspek remaja perempuan dalam kes seorang pelajar Tingkatan Tiga cedera ditikam di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat, Isnin lalu, dijadualkan didakwa di mahkamah, pagi esok.

Pertuduhan akan berlangsung di Mahkamah Telok Datok, di sini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan hasil siasatan polis mendapati suspek menikam mangsa pelajar perempuan atas alasan tidak berpuas hati dan memendam rasa selepas mendakwa dibuli.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, dipetik berkata bagaimanapun hasil keterangan beberapa individu, termasuk 10 nama pelajar dalam senarai yang tular dalam media sosial, setakat ini, mendapati ia tidak menjurus ke arah perbuatan buli.

"Siasatan secara menyeluruh masih berlangsung dan belum selesai. Pihak polis meminta masyarakat memberi ruang kepada pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan sepenuhnya.

"Namun, hasil siasatan awal pada peringkat ini mendapati alasan diberikan suspek ialah rasa tidak puas hati, boleh dikatakan memendam perasaan terhadap beberapa rakan sekolah yang didakwa membuli suspek.

"Bagaimanapun, hasil keterangan-keterangan yang diperoleh setakat ini tidak menjurus kepada berlaku kejadian buli," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan