KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai berita popular yan disiarkan Berita Harian hari ini.
1. 'Saya diarah buat 5 surat daripada 5 syarikat berbeza untuk projek Jana Wibawa' - Pengarah Nepturis
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau diarah untuk menyediakan lima surat daripada syarikat berbeza kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi permohonan projek di bawah Program Jana Wibawa.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1585329/saya-diarah-buat-5-surat-daripada-5-syarikat-berbeza-untuk-projek
2. Rasa tidak puas hati antara punca kes tikam pelajar di Banting - Polis
SHAH ALAM: Suspek kes tikam rakan di sebuah sekolah menengah di Banting memberi alasan tidak berpuas hati dan memendam rasa selepas mendakwa dibuli yang mendorong dia melakukan perbuatan itu pada Isnin lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1585154/rasa-tidak-puas-hati-antara-punca-kes-tikam-pelajar-di-banting-polis
3. Senator BERSATU keluar parti, lepas semua jawatan
KANGAR: Setiausaha BERSATU Perlis yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Azahar Hassan mengumumkan keluar parti itu hari ini, dan melepaskan semua jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1585220/senator-bersatu-keluar-parti-lepas-semua-jawatan
4. 'Jangan biar Norway perkotak-katik Malaysia, kita negara bermaruah' - Ahmad Zahid
MERSING: Malaysia perlu mengambil tindakan undang-undang dan diplomatik lebih tegas terhadap Norway susulan tindakan negara itu membatalkan perolehan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) bagi melengkapkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1585351/jangan-biar-norway-perkotak-katik-malaysia-kita-negara-bermaruah
5. Buaya usia 130 tahun, terpanjang di Semenanjung ada di Teluk Sengat
KOTA TINGGI: Permukaan kolam yang pada awalnya tenang dengan puluhan buaya tembaga terapung tanpa banyak bergerak tiba-tiba berubah apabila beberapa ayam beku dicampakkan ke dalam air.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1585195/buaya-usia-130-tahun-terpanjang-di-semenanjung-ada-di-teluk-sengat
6. Arif Aiman tidak pertahan gelaran MVP
KUALA LUMPUR: Impian Arif Aiman Mohd Hanapi untuk mempertahankan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kelima berturut-turut tidak kesampaian apabila bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak tersenarai dalam pencalonan Liga M Awards 2025-2026 yang diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), semalam.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/07/1585173/arif-aiman-tidak-pertahan-gelaran-mvp
7. Dia senang dah kahwin, saya nak kahwin susah - Adira
RAWANG: "Macam mana saya hendak kahwin? Kes saya ini pun tak selesai lagi. Dia (Adnan) senang sudah kahwin, kita hendak kahwin susah."
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2026/07/1585260/dia-senang-dah-kahwin-saya-nak-kahwin-susah-adira
8. FIFA pertahan pengadil, nafi bantu Argentina
ZURICH: Ketua pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina mempertahankan mutu pengadilan pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia antara Argentina dan Mesir, sambil menolak dakwaan wujud unsur berat sebelah yang memihak juara dunia itu.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/07/1585327/fifa-pertahan-pengadil-nafi-bantu-argentina
























