BH Online
Ringkasan Berita

Suruhanjaya Tenaga perkukuh jalinan strategik bersama Media Prima

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini melawat Media Prima Berhad bagi memperkasa jalinan strategik dua hala bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap penggunaan tenaga secara selamat dan bijak.
Suruhanjaya Tenaga perkukuh jalinan strategik bersama Media Prima

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (dua kanan) menerima cenderahati yang disampaikan Ketua Seksyen Komunikasi Strategik Suruhanjaya Tenaga (ST), Veliana Ruslan sambil diperhatikan Timbalan Pengarang Kumpulan New Straits Times, Sharanjit Singh (kanan) ketika lawatan korporat ke Jabatan Editorial NCA Media Prima di Balai Berita, Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengarang Berita Kanan Berita Harian, Datuk Sarihah Mohd Ali. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini melawat Media Prima Berhad bagi memperkasa jalinan strategik dua hala bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap penggunaan tenaga secara selamat dan bijak.

Dalam lawatan itu, ST berkongsi maklumat mengenai penganjuran Karnival Bijak Tenaga 2026 (KBT2026) yang akan berlangsung pada 25 hingga 26 Julai ini di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak.

Delegasi ST diketuai Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Veliana Ruslan bersama pengurusan kanannya tiba jam 11.30 pagi di Jabatan Editorial Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) serta disambut Pengarang Bersekutu Berita Harian (BH), Ahmad Naim Tahir.

LAWATAN SURUHANJAYA TENAGA makan22
Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (dua kanan) dan Pengarang Berita Kanan Berita Harian, Datuk Sarihah Mohd Ali (kanan) mengiringi Ketua Seksyen Komunikasi Strategik Suruhanjaya Tenaga (ST), Veliana Ruslan dan delegasi ketika lawatan korporat ke Jabatan Editorial NCA Media Prima di Balai Berita, Kuala Lumpur. Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan New Straits Times, Sharanjit Singh. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Veliana berkata, jalinan kerjasama dengan pihak media itu bertujuan membawa naratif literasi tenaga secara lebih meluas kepada masyarakat.

"Kami mahu mendidik orang ramai supaya tidak menggunakan tenaga secara berlebihan serta menggunakannya dengan lebih bijak menerusi inisiatif seperti Karnival Bijak Tenaga dan Program Duta Literasi Tenaga.

"ST juga akan memudahkan orang awam untuk berurusan mengenai perkhidmatan, aduan dan isu-isu tenaga selain meningkatkan kesedaran dasar dan inisiatif Kerajaan dalam bidang tenaga, termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)," katanya.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit; Timbalan Pengarang Kumpulan, New Straits Times, Sharanjit Singh; Pengarang Berita Kanan BH, Datuk Sarihah Mohd Ali, serta Pengurus Besar Jualan (Kerajaan), Media Prima Omnia, Shanaz Md Azali.

LAWATAN SURUHANJAYA TENAGA makanmakanlagi
Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (duduk, dua kanan) bersama Timbalan Pengarang Kumpulan New Straits Times, Sharanjit Singh (duduk, kanan) dan Pengarang Berita Kanan, Berita Harian (berdiri, kanan sekali) Datuk Sarihah Mohd Ali bergambar bersama Ketua Seksyen Komunikasi Strategik Suruhanjaya Tenaga (ST), Veliana Ruslan (duduk, dua kiri) serta delegasi yang melakukan lawatan korporat ke Jabatan Editorial NCA Media Prima di Balai Berita, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

Video Terkini

Berita Berkaitan