BH Online
Ringkasan Berita

6 daerah di Johor dijangka hujan pagi pada hari PRN

KUALA LUMPUR: Enam daerah di Johor dijangka hujan pada sebelah pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.
6 daerah di Johor dijangka hujan pagi pada hari PRN

Seorang penduduk dengan rutin harian mengendalikan traktor berhampiran deretan bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang di kawasan kampung ketika tinjauan di Pulau Sibu, Mersing menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini. - Foto NSTP/Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Enam daerah di Johor dijangka hujan pada sebelah pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hujan diramal di Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Pontian, Tangkak dan Kulai pada sebelah pagi, manakala Segamat, Kluang, Kota Tinggi serta Mersing dijangka cerah.

Bagaimanapun, keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada sebelah petang dengan cuaca cerah di kebanyakan kawasan termasuk Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Pontian, Tangkak dan Kulai.

Sebaliknya, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing diramalkan berdepan ribut petir pada sebelah petang.

METMalaysia turut meramalkan suhu minimum sekitar 23 darjah Celsius di semua daerah manakala suhu maksimum antara 33 hingga 34 darjah Celsius pada hari berkenaan.

Ramalan cuaca khas itu dikeluarkan bagi membantu orang ramai, pengundi dan petugas pilihan raya membuat persiapan sempena hari mengundi PRN Johor.

PRN Johor kali ini membabitkan sebanyak 2,727,926 pemilih layak mengundi di 1,140 pusat mengundi.

Secara keseluruhan, PRN Johor ke-16 menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari pengundian pada 11 Jun manakala undi awal pada 7 Julai.

Video Terkini

Berita Berkaitan