BH Online
Ringkasan Berita

Sabah syor kerajaan timbang petani dapat subsidi diesel walau tiada kenderaan atas nama mereka

KOTA KINABALU: Sabah meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji syarat pemilikan kenderaan untuk layak dapat subsidi BUDI Diesel berikutan ramai petani muda membeli kenderaan secara sambung bayar atau pembiayaan syarikat.
Sabah syor kerajaan timbang petani dapat subsidi diesel walau tiada kenderaan atas nama mereka

Sabah meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji syarat pemilikan kenderaan untuk layak dapat subsidi BUDI Diesel berikutan ramai petani muda membeli kenderaan secara sambung bayar atau pembiayaan syarikat. - Foto hiasan BERNAMA

KOTA KINABALU: Sabah meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji syarat pemilikan kenderaan untuk layak dapat subsidi BUDI Diesel berikutan ramai petani muda membeli kenderaan secara sambung bayar atau pembiayaan syarikat.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, berkata syarat semasa pemilikan kenderaan atas nama sendiri menyebabkan ramai pengusaha muda tidak layak memohon bantuan berkenaan.

Keadaan terbabit banyak berlaku dalam kalangan pengusaha luar bandar yang memperoleh kenderaan melalui kaedah sambung bayar atau pembiayaan syarikat dan ini menyebabkan hak milik kenderaan masih belum dipindahkan kepada pengguna sebenar.

"Di peringkat akar umbi, ramai pengusaha muda membeli kenderaan secara sambung bayar atau pinjaman syarikat. Ada juga petani yang tidak mempunyai akaun bank tetapi mampu membayar ansuran bulanan kenderaan yang digunakan untuk aktiviti pertanian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jamawi turut berkata terdapat pengusaha yang memperoleh pembiayaan berdasarkan hasil jualan komoditi seperti getah, namun nama kenderaan masih didaftarkan atas syarikat pembiayaan.

"Ini antara kegusaran yang dibangkitkan oleh anak-anak muda. Kita sudah menggalakkan mereka terbabit dalam sektor pertanian, penanaman padi, penorehan getah dan pelbagai aktiviti lain.

"Apabila mereka tidak layak menerima BUDI Diesel, sedikit sebanyak ia melemahkan semangat mereka untuk terus mengusahakan sektor ini," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan