BH Online
Ringkasan Berita

Onn Hafiz hanya perkenalkan calon, bukan berkempen pada program TVET - Asyraf Wajdi

SEGAMAT: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada program Jelajah TVET MARA baru-baru ini bukan untuk berkempen, sebaliknya sekadar memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN).
Onn Hafiz hanya perkenalkan calon, bukan berkempen pada program TVET -  Asyraf Wajdi

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi ketika ditemui selepas beramah mesra bersama penduduk di Kampung Gelang Chincin, Buloh Kasap, hari ini.

SEGAMAT: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada program Jelajah TVET MARA baru-baru ini bukan untuk berkempen, sebaliknya sekadar memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Pengerusi MARA berkata, dakwaan bahawa program berkenaan dijadikan platform berkempen adalah tidak tepat memandangkan Jelajah TVET MARA adalah program nasional yang dilaksanakan di seluruh negara.

Beliau berkata, program yang diadakan di Johor itu adalah siri ke-108 yang dianjurkan sebagai usaha memperkenalkan peluang TVET kepada golongan muda.

"Kebetulan calon datang dan MB (Onn Hafiz) hanya memperkenalkan calon itu sahaja. Saya rasa anak-anak muda pun amat bijaksana, takkan hanya menghadiri program TVET MARA mereka terus terpengaruh dengan mana-mana parti politik.

"Yang paling penting, tidak ada pun lambang parti, pakaian parti ataupun laungan semangat parti dalam program-program ini. Fokus kita ialah memberi manfaat kepada anak-anak muda mengenai peluang TVET," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas beramah mesra bersama penduduk di Kampung Gelang Chincin, hari ini.

Turut hadir, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut menegaskan penyertaan pelajar dalam program berkenaan adalah secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Malah katanya, maklum balas yang diterima menunjukkan peserta mahu program itu diteruskan pada masa akan datang.

Video Terkini

Berita Berkaitan