KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai berita popular yang disiarkan Berita Harian hari ini.
1. 'Anak saya bukan sasaran, dia cuma tak sempat lari' - Bapa pelajar ditikam
BANTING: Bapa kepada pelajar berusia 15 tahun yang cedera ditikam di sebuah sekolah menengah di sini mengakui anaknya mengenali suspek, namun menafikan mangsa menajdi sasaran kejadian serangan mengejutkan itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1583506/anak-saya-bukan-sasaran-dia-cuma-tak-sempat-lari-bapa-pelajar
2. Kes kematian Allahyarham Wan Ahmad Faris diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut
KOTA BHARU: Jabatan Peguam Negara memaklumkan kes kematian pelajar tahfiz Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemui mati dipercayai dibunuh pada 2013 diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/07/1583575/kes-kematian-allahyarham-wan-ahmad-faris-diklasifikasikan-sebagai-tiada
3. 'Saya tekup darah yang banyak keluar di dahi ayah, ajarnya mengucap, tetapi ayah dan ibu pergi jua...' - Anak mangsa
TANJONG KARANG: "Masih terbayang tangan ayah mencengkam erat lengan kanan saya dengan raut wajahnya menahan kesakitan, manakala ibu pula terbaring atas jalan tidak sedarkan diri, namun akhirnya kedua-dua mereka pergi tinggalkan kami," kata Muhammad Khairul Yasin dari Kampung Sungai Terap, di sini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1583353/saya-tekup-darah-yang-banyak-keluar-di-dahi-ayah-ajarnya-mengucap
4. `Najib hanya boleh bebas menerusi kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukan melalui pilihan raya'
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang kini dipenjarakan, hanya boleh bebas menerusi pengampunan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1583618/najib-hanya-boleh-bebas-menerusi-kuasa-yang-di-pertuan-agong-bukan
5. Wanita didenda RM500 laku kekerasan jenayah ke atas Sultan Perak
IPOH: Wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun lalu, dikenakan denda RM500 selepas mengaku bersalah atas perbuatan terbabit di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/07/1583594/wanita-didenda-rm500-laku-kekerasan-jenayah-ke-atas-sultan-perak
6. 'Kylian, maafkan kami'
NEW YORK: Kempen dalam talian yang mendesak peminat bola sepak Perancis memohon maaf secara terbuka kepada Kylian Mbappe mencetuskan fenomena selepas berjaya mengumpul lebih 16,000 tandatangan dalam tempoh 24 jam.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/07/1583487/kylian-maafkan-kami
























