BH Online
Ringkasan Berita

Pusat hiburan jadi lokasi pertaruhan piala dunia diserbu

KUALA LUMPUR: Sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2026 serta pusat hiburan tanpa lesen di Taman Wahyu, Sentul di sini, diserbu semalam.
Pusat hiburan jadi lokasi pertaruhan piala dunia diserbu

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

KUALA LUMPUR: Sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2026 serta pusat hiburan tanpa lesen di Taman Wahyu, Sentul di sini, diserbu semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, serbuan pada jam 3.30 pagi itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Seramai 34 individu termasuk 33 warga asing ditahan dalam serbuan itu.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 28 warga China, tiga lelaki warga Myanmar, seorang lelaki Korea, seorang wanita Thailand serta seorang wanita tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

"Siasatan awal mendapati premis itu digunakan untuk mengurus, menganjur dan mempromosi perjudian dalam talian membabitkan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2026 selain menjalankan kegiatan pusat hiburan tanpa lesen.

"Premis berkenaan dipercayai mula beroperasi sejak pertengahan Jun lalu dan beroperasi antara 5 petang hingga 3 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, polis turut merampas 15 telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, wang tunai RM60 dan pelbagai peralatan muzik yang disyaki digunakan dalam premis terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 serta Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan