BH Online
Ringkasan Berita

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa daerah di Johor petang ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Johor hingga jam 2 petang, hari ini.
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa daerah di Johor petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Johor hingga jam 2 petang, hari ini.

METMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 11.25 pagi memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka di Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimetersejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan