BH Online
Ringkasan Berita

'Arwah banyak berkorban, tak fikir soal kahwin demi urus mak ayah uzur' - Abang Ahmad Nasaruddin

KUALA NERUS: Pembantu tekong yang maut dalam insiden bot karam ketika membawa pencandat sotong di perairan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, semalam, tidak pernah memikirkan soal kahwin kerana memfokus keutamaan kepada penjagaan ibu bapanya yang uzur.
'Arwah banyak berkorban, tak fikir soal kahwin demi urus mak ayah uzur' - Abang Ahmad Nasaruddin

Jenazah Allahyarham Ahmad Nasaruddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tok Beng, petang tadi. - Foto NSTP/Zaid Salim

KUALA NERUS: Pembantu tekong yang maut dalam insiden bot karam ketika membawa pencandat sotong di perairan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, semalam, tidak pernah memikirkan soal kahwin kerana memfokus keutamaan kepada penjagaan ibu bapanya yang uzur.

Demikian dikongsikan oleh Ahmad Junaidi Mohmad Jalil, 38, mengenai adiknya, Allahyarham Ahmad Nasaruddin, 37, yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.

Ahmad Junaidi berkata, keluarga sudah beberapa kali mencadangkan kepada Ahmad Nasaruddin supaya mendirikan rumah tangga, namun ditolak arwah kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada ibu bapa mereka.

Beliau berkata, arwah menetap bersama keluarga di Kampung Gong Datuk Baru, Padang Nenas di sini, dan banyak membantu menguruskan keperluan harian kedua-dua orang tua terutama bapa, Mohmad Jalil Musa, 69, yang menghidap masalah saraf.

"Memang kami pernah mencadangkan kepadanya supaya berkahwin tetapi arwah tidak memikirkan soal itu. Yang dia fikir hanya mak dan ayah.

"Arwah tinggal bersama keluarga. Semua hal berkaitan rawatan, urusan ke hospital dan membawa ayah menunaikan solat Jumaat, banyak diuruskan oleh arwah.

"Dia memang banyak berkorban untuk keluarga," katanya kepada pemberita setelah jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tok Beng, di sini, selepas solat asar tadi dengan dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

Menceritakan lanjut, Ahmad Junaidi berkata, sikap arwah yang sentiasa mengutamakan orang lain memang sudah sebati dalam diri adiknya itu, malah ia turut terserlah ketika kejadian bot karam berkenaan.

Berdasarkan cerita yang diperolehnya, beliau berkata, arwah terlebih dulu memastikan semua penumpang memakai jaket keselamatan sebelum menyedari masih ada dua pelanggan yang sedang tidur dipercayai kerana mabuk laut.

"Arwah dikatakan pergi kepada dua pelanggan itu dan memberi jaket keselamatan kepada mereka.

"Seorang diberikan jaket yang ada berhampiran, manakala seorang lagi diberikan jaket keselamatan yang dipakainya sendiri. Itulah sifat arwah. Dari dulu lagi, dia memang mudah menolong orang.

"Orang minta bantuan, dia tidak pernah berkira. Sampai ke akhir hayat pun dia masih mengutamakan keselamatan orang lain daripada diri sendiri," katanya.

Beliau berkata, pemergian Ahmad Nasaruddin amat dirasai keluarga kerana Allahyarham menjadi tempat bergantung, terutama dalam menguruskan kebajikan ibu bapa mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam, arwah dipercayai meninggal dunia ketika berpaut di belakang badan sepupunya yang juga tekong bot, Mohd Awais Saaru, 40, selepas bot dinaiki 10 peserta candat sotong membabitkan lapan lelaki dan dua wanita itu karam.

Lagi berita berkaitan:

'Arwah sempat selamatkan semua penumpang, akhirnya keletihan dan hilang tenaga' - Abang mangsa'Pegang abang ni jangan lepaskan, saya nak berenang cari bantuan' - tekong botBot candat karam: Dia meninggal ketika berpaut di belakang saya - TekongKru maut, tiga cedera bot candat sotong karam

Video Terkini

Berita Berkaitan