BH Online
Ringkasan Berita

'Shanghai Bund' masih kotor, gelap dan busuk

KUALA LUMPUR: Persekitaran Flat Hicks yang turut dikenali sebagai ‘Shanghai Bund’ di Jalan Changkat, masih kotor, gelap dan berbau busuk.
'Shanghai Bund' masih kotor, gelap dan busuk

Persekitaran Flat Hicks di Jalan Changkat yang dipenuhi sampah-sarap dan ada takungan air mengeluarkan bau loya yang tidak menyenangkan. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali/BH)

KUALA LUMPUR: Persekitaran Flat Hicks yang turut dikenali sebagai 'Shanghai Bund' di Jalan Changkat, masih kotor, gelap dan berbau busuk.

Tinjauan BH semalam mendapati kawasan bangunan itu dipenuhi sampah-sarap dan terdapat takungan air yang mengeluarkan bau loya yang tidak menyenangkan.

Lebih membimbangkan, beberapa lubang yang dilalui tikus turut ditemui di sekitar flat berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kebersihan serta keselamatan penduduk.

BHFLAT2
Persekitaran Flat Hicks di Jalan Changkat yang dipenuhi sampah-sarap dan ada takungan air mengeluarkan bau loya yang tidak menyenangkan. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali/BH)

Selain itu, kemudahan seperti lif didapati tidak berfungsi, manakala keadaan bangunan dilihat usang dengan saluran paip yang berselirat di bahagian luar kediaman.

Kawasan pembuangan sampah di tingkat bawah pula ditutup menggunakan papan bagi menghalang penduduk memasuki ruang berkenaan.

Sebahagian besar penghuni yang ditemui di flat itu ialah warga asing yang didakwa bekerja di kawasan berhampiran.

Rata-rata mereka mengakui terkesan dengan keadaan kediaman yang kotor dan berbau busuk.

BHFLAT3
Persekitaran Flat Hicks di Jalan Changkat yang dipenuhi sampah-sarap dan ada takungan air mengeluarkan bau loya yang tidak menyenangkan. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali/BH)

Timbunan sampah

Seorang penghuni warga asing yang mahu dikenali sebagai Sameer, 32, berkata, timbunan sampah di bahagian bawah flat itu sudah lama wujud sebelum beliau mula menyewa di situ kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, beberapa paip di tingkat atas bangunan itu juga kerap bocor sehingga menyebabkan sebahagian kawasan sentiasa bertakung air dan lembap.

"Keadaan itu menyebabkan bau busuk sukar dihapuskan. Selagi masalah sampah dan paip bocor tidak diselesaikan, flat ini akan terus berada dalam keadaan kotor," katanya.

Ditanya sama ada terdapat penduduk tempatan yang mendiami flat berkenaan, Sameer berkata, sepanjang menetap di situ, beliau tidak pernah menemui penghuni warga tempatan.

BHFLAT4
Persekitaran Flat Hicks di Jalan Changkat yang dipenuhi sampah-sarap dan ada takungan air mengeluarkan bau loya yang tidak menyenangkan. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali/BH)

"Kebanyakan penghuni di sini ialah warga asing. Saya tidak pernah jumpa dengan orang Malaysia," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni warga asing yang mahu dikenali sebagai Mikel, 38, berkata beliau turut berdepan gangguan bekalan air yang kerap sejak menetap di flat berkenaan sebulan lalu.

Katanya, pengurusan seperti biasa akan mengeluarkan notis lebih awal sebelum bekalan air ditutup dan kerja penyelenggaraan mengambil masa kira-kira empat jam sebelum bekalan dipulihkan.

"Masalah bekalan air memang kerap berlaku. Biasanya pihak pengurusan akan memaklumkan satu atau dua jam lebih awal sebelum bekalan ditutup.

BHFLAT5
Persekitaran Flat Hicks di Jalan Changkat yang dipenuhi sampah-sarap dan ada takungan air mengeluarkan bau loya yang tidak menyenangkan. - Foto NSTP/ Mohamad Shahril Badri Saali/BH)

"Selepas itu, bekalan air akan dipulihkan dalam tempoh kira-kira tiga hingga empat jam.

"Bekalan air yang diterima masih bersih setakat ini. Elektrik juga masih berfungsi dengan baik," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan