BH Online
Ringkasan Berita

"Kalau saya suruh Anthony Loke, Tony Pua atau Hannah Yeoh tanding di Jeneri, mahu kah?" - Sanusi

ALOR SETAR: PAS menegaskan pembahagian kerusi pilihan raya yang diamalkan parti itu berpaksikan kepada realiti demografi pengundi di sesuatu kawasan, bukannya kerana gentar untuk bersaing dengan mana-mana parti lain.
"Kalau saya suruh Anthony Loke, Tony Pua atau Hannah Yeoh tanding di Jeneri, mahu kah?" - Sanusi

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - NSTP/ Gambar fail

ALOR SETAR: PAS menegaskan pembahagian kerusi pilihan raya yang diamalkan parti itu berpaksikan kepada realiti demografi pengundi di sesuatu kawasan, bukannya kerana gentar untuk bersaing dengan mana-mana parti lain.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pendekatan itu sudah lama diamalkan dalam landskap politik negara apabila setiap parti bertanding di kawasan yang mempunyai asas sokongan masing-masing.

Katanya, PAS tidak meletakkan calon di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu kerana memahami pola sokongan pengundi, sama seperti parti lain yang bertanding di kawasan majoriti tertentu.

"Kalau kawasan majoriti Cina, kenapa PAS nak tanding di situ. Kita tahu siapa penyokong kita dan siapa yang tidak menyokong kita. Itu realiti politik.

"Orang PAS tahu siapa pengundi dia, orang DAP pun tahu siapa undi dia. Itu realiti yang sudah lama berlaku dalam politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah, di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut menolak dakwaan bahawa PAS takut untuk berdepan DAP, sebaliknya menyifatkan cabaran politik seperti itu tidak mencerminkan realiti lapangan.

"Kalau macam tu, suruh DAP mai bertanding di kawasan Melayu. Beritahu (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke, pilihan raya akan datang mai bertanding di Jeneri. Kita tengok langit tinggi atau rendah.

"Kalau saya suruh Anthony Loke, Tony Pua atau Hannah Yeoh bertanding di Jeneri, mahu kah... ini semua realiti politik, bukan soal berani atau tidak," katanya

Muhammad Sanusi berkata, pembahagian kerusi di Malaysia juga lazimnya mengikut komposisi kaum dan sejarah politik setempat.

Katanya perkataan itu sudah menjadi asas kepada strategi setiap parti bertanding dalam pilihan raya.

Semalam, media melaporkan Loke mendakwa PAS gentar untuk bersemuka dengan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya memilih bergantung kepada 'proksi', Barisan Nasional (BN).

Video Terkini

Berita Berkaitan