BH Online
Ringkasan Berita

Warga China guna aplikasi navigasi ke Tok Bali tapi jatuh gaung di Machang

MACHANG: Lima individu warga China cedera selepas kenderaan mereka naiki terbabas ke tapak projek pembinaan culvert sedalam tujuh meter di Kilometer 41, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, tengah malam tadi.
Warga China guna aplikasi navigasi ke Tok Bali tapi jatuh gaung di Machang

Kenderaan dipandu lelaki China jatuh gaung sedalam tujuh meter di Jalan Machang-Kuala Krai, tengah malam tadi. - Foto Bomba

MACHANG: Lima individu warga China cedera selepas kenderaan mereka naiki terbabas ke tapak projek pembinaan culvert sedalam tujuh meter di Kilometer 41, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku jam 11.50 apabila sebuah kereta jenis Toyota Prius yang dipandu seorang lelaki warga China berusia 66 tahun bersama empat penumpang dalam perjalanan dari Temangan, Machang menuju ke Tok Bali, Pasir Puteh dengan berpandukan aplikasi peta navigasi.

"Kenderaan itu kemudian memasuki kawasan tapak projek pembinaan kulvert.

"Pihak polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada jam 12.01 tengah malam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semua mangsa, tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40 hingga 66 tahun cedera dan telah dikejarkan ke Hospital Machang untuk rawatan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka terhadap papan tanda amaran, kon keselamatan dan penghadang di kawasan kerja pembinaan serta tidak bergantung sepenuhnya kepada aplikasi navigasi.

Video Terkini

Berita Berkaitan