BH Online
Ringkasan Berita

5 cedera SUV jatuh gaung

MACHANG: Lima cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terbabas ke gaung sedalam tujuh meter di Jalan Machang-Kuala Krai, di sini, tengah malam tadi.
5 cedera SUV jatuh gaung

SUV dinaiki lima individu terbabas ke gaung sedalam tujuh meter di Jalan Machang-Kuala Krai, di sini, tengah malam tadi. - Foto Bomba

MACHANG: Lima cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terbabas ke gaung sedalam tujuh meter di Jalan Machang-Kuala Krai, di sini, tengah malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Mohd Fadzil Musa berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.01 tengah malam.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian jam 12.16 pagi dan pemeriksaan mendapati sebuah Toyota Cross terbabas ke gaung sedalam tujuh meter.

"Kemalangan itu membabitkan lima mangsa iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

"Dua mangsa yang tersepit, masing-masing seorang lelaki dan perempuan dapat dikeluarkan menggunakan peralatan khas menyelamat, manakala tiga lagi mangsa turut cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua mangsa diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan.

Video Terkini

Berita Berkaitan