BH Online
Ringkasan Berita

Mahkamah tolak permohonan reman 4 individu disyaki terbabit kes pertaruhan bola sepak

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menolak permohonan reman terhadap empat individu termasuk seorang wanita, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pertaruhan bola sepak.
Mahkamah tolak permohonan reman 4 individu disyaki terbabit kes pertaruhan bola sepak

Beberapa ahli sindiket yang ditahan dalam Op Soga didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan terbabit dalam kegiatan pusat panggilan pertaruhan bola. NSTP/AURIS FAQRURAZZI

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menolak permohonan reman terhadap empat individu termasuk seorang wanita, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pertaruhan bola sepak.

Keputusan itu dibuat Majistret Nadratun Naim Mohd Said selepas polis memohon perintah reman terhadap keempat-empat suspek berusia antara 29 hingga 44 tahun.

Tiga daripada suspek ialah warga asing.

Terdahulu, semua mereka tiba di Kompleks Mahkamah Georgetown dalam keadaan bergari dan diiringi polis.

Mereka ditahan dalam serbuan dijalankan pada Jumaat lalu di sebuah unit kondominium di The Light Collection 1, Gelugor.

Keempat-empat suspek adalah antara 28 individu yang ditahan menerusi Op Soga XI, operasi khas membanteras kegiatan perjudian haram sempena Piala Dunia FIFA 2026.

Sebanyak 21 serbuan dijalankan di seluruh Pulau Pinang sejak 11 Jun lalu bagi mengekang aktiviti pertaruhan bola sepak.

Dalam operasi sama, polis turut melumpuhkan dua pusat panggilan pertaruhan bola sepak.

Video Terkini

Berita Berkaitan