BH Online
Ringkasan Berita

20 rumah terjejas banjir di Batang Kali

HULU SELANGOR: Sebanyak 20 rumah di dua lokasi sekitar daerah ini terjejas akibat banjir kilat susulan hujan berterusan petang tadi.
20 rumah terjejas banjir di Batang Kali

Anggota APM Hulu Selangor melakukan pemantauan di Taman Seri Cahaya dan Kampung Masjid, Batang Kali susulan banjir kilat. FOTO APM Hulu Selangor.

HULU SELANGOR: Sebanyak 20 rumah di dua lokasi sekitar daerah ini terjejas akibat banjir kilat susulan hujan berterusan petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4.55 petang dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk tujuan pemantauan.

"Dua lokasi itu adalah Taman Seri Cahaya dan Kampung Masjid yang terletak di Batang Kali.

"Hasil pemantauan mendapati kejadian menjejaskan hampir 12 rumah di mana air di kawasan perumahan Taman Seri Cahaya beransur surut," katanya dalam kenyataan, malam ini.

APM Hulu Selangor berkata, limpahan air turut dikesan di perumahan di Kampung Masjid di mana hampir lapan rumah terjejas.

Beliau berkata, aliran keluar air masih perlahan susulan terdapat longkang yang tersumbat.

"Tiada keperluan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka. Pemantauan diteruskan bagi memastikan kawasan terbabit dalam keadaan baik dan terkawal," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan