BH Online
Ringkasan Berita

354.68 kg sisa marin, sampah dikutip sukarelawan di Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 100 sukarekawan dari dalam dan luar negara termasuk 31 penyelam skuba bergotong royong membersihkan sisa marin dan sampah di persekitaran pantai Pulau Redang, Terengganu, semalam, untuk mengetahui tahap pencemaran di pulau peranginan itu.
354.68 kg sisa marin, sampah dikutip sukarelawan di Pulau Redang

Penyelam sukarelawan membawa naik sisa marin yang dikutip dari dasar laut.

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 100 sukarekawan dari dalam dan luar negara termasuk 31 penyelam skuba bergotong royong membersihkan sisa marin dan sampah di persekitaran pantai Pulau Redang, Terengganu, semalam, untuk mengetahui tahap pencemaran di pulau peranginan itu.

Dalam program itu, sejumlah 354.68 kilogram sisa marin dan sampah saraf dikutip menerusi Program Sukarelawan Antarabangsa Fasa 4: Dive Against Debris®ï¸ (D.A.D) anjuran Black Eye Scuba Team (BEST) dan dipantau oleh PADI AWARE Foundation yang beribu pejabat di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

”‹Daripada jumlah itu, 56.05 kilogram sisa marin dikeluarkan dari dasar laut oleh penyelam sukarelawan skuba manakala 298.63 kilogram lagi dikutip di kawasan pantai oleh sukarelawan bukan penyelam, sekali gus membuktikan pencemaran marin masih memerlukan perhatian dan tindakan berterusan.

”‹Sebelum itu, ketika merasmikan program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Shafizi Ismail menyifatkan program itu penting untuk mendapatkan data saintifik mengenai jenis, kuantiti dan lokasi sisa marin yang boleh membantu kerajaan merangka dasar serta tindakan lebih berkesan bagi menangani pencemaran laut.

”‹"Data yang diperoleh menerusi selaman sukarelawan membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti tahap pencemaran, jenis sisa marin serta kawasan yang memerlukan tindakan segera, sekali gus menjadi asas kepada perancangan dasar, penguatkuasaan dan usaha pemuliharaan jangka panjang" katanya.

Program yang mendapat kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan itu terus ditaja oleh Kenanga Investors Berhad (KIB) sejak ia dilaksanakan 2023, bermula di Pulau Perhentian.

Bermula tahun ini program itu diluaskan pula di Pulau Redang.

”‹"Keindahan Pulau Redang adalah aset amat bernilai kepada Terengganu. Namun, pencemaran sisa marin, plastik dan pukat hantu yang semakin membimbangkan menuntut tindakan segera daripada semua pihak.

”‹"Kehadiran sukarelawan hari ini bukan sahaja membantu membersihkan dasar laut, malah menghasilkan data penting yang boleh digunakan untuk memperkukuh usaha pemuliharaan demi manfaat generasi akan datang," katanya.

redang
Peserta yang menjayakan Program Sukarelawan Antarabangsa Fasa 4: Dive Against Debris®ï¸ (D.A.D) anjuran Black Eye Scuba Team (BEST) dan dipantau oleh PADI AWARE Foundation di Pulau Redang, Terengganu

”‹Data yang dikumpulkan sepanjang program kali ini akan dibentangkan kepada kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi membolehkan langkah susulan dilaksanakan.

Data itu juga akan disalurkan kepada pangkalan data global PADI AWARE Foundation serta Jabatan Perikanan bagi menyokong usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs), khususnya SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 14 (Kehidupan di Bawah Air).

”‹Bagi tiga fasa pertama di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu dari 2023 hingga 2025, sebanyak 148.56 kilogram sisa marin dikeluarkan dari dasar laut, manakala 552.24 kilogram sisa dikumpulkan menerusi aktiviti pembersihan pantai.

”‹Katanya, statistik itu menunjukkan pencemaran marin masih berada pada tahap yang memerlukan tindakan berterusan kerana memberi kesan kepada hidupan laut, terumbu karang serta sumber pendapatan komuniti nelayan.

”‹Shafizi berkata, program berkenaan turut membuktikan bahawa usaha memulihara alam sekitar memerlukan kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan masyarakat antarabangsa.

”‹Beliau turut memaklumkan kerajaan Terengganu kini berada pada peringkat akhir untuk mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal secara lebih tersusun.

”‹Katanya, pelaksanaan akta itu dijangka memberi manfaat kepada Pulau Redang melalui pengurusan sisa yang lebih sistematik, sekali gus mengurangkan pencemaran marin dan membuka peluang kepada pembangunan ekonomi hijau menerusi aktiviti kitar semula.

”‹Dalam pada itu, beliau berkata, program berkenaan turut memberi penekanan kepada pendidikan alam sekitar apabila sukarelawan mengadakan sesi kesedaran di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.

”‹Sukarelawan termasuk dari Nigeria, Bangladesh, Pakistan, Somalia dan China, yang sebahagian besarnya adalah pelajar pascasiswazah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Video Terkini

Berita Berkaitan