BH Online
Ringkasan Berita

Suami isteri dikejarkan ke hospital selepas termakan cendawan beracun

SIK: Sepasang suami isteri dikejarkan ke hospital selepas dipercayai termakan cendawan beracun yang dikutip berhampiran kandang lembu di rumah mereka di Rancangan Tanah Pinggir, Padang Besar, Mukim Jeneri, di sini, semalam.
Suami isteri dikejarkan ke hospital selepas termakan cendawan beracun

Pasangan suami isteri yang lemah dan tidak mampu bangun dalam bilik air diselamatkan skuad BSYJM yang mengejarkan mereka ke hospital. Foto ihsan BSYJM

SIK: Sepasang suami isteri dikejarkan ke hospital selepas dipercayai termakan cendawan beracun yang dikutip berhampiran kandang lembu di rumah mereka di Rancangan Tanah Pinggir, Padang Besar, Mukim Jeneri, di sini, semalam.

Pengerusi Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abd Hamid, berkata Muhd Basir Abidudin Abd Razak dan isterinya, Intan Nabila Mazelam masing-masing berusia 28 tahun, dipercayai memasak cendawan berkenaan sebagai hidangan tengah hari sebelum mengalami simptom keracunan makanan.

Katanya, pihak BSYJM menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4 petang sebelum bergegas ke lokasi.

"Ketika tiba di rumah mangsa, kami mendapati kedua-duanya dalam keadaan lemah, muntah dan cirit-birit.

"Mereka berada dalam bilik air dan tidak mampu bangun, malah keadaan rumah juga dipenuhi muntah serta sisa najis sebelum anggota terus berusaha menyelamatkan mereka," katanya.

Mahadzir berkata, operasi membawa keluar pasangan itu agak mencabar kerana kedua-dua mangsa mempunyai berat badan melebihi 150 kilogram.

Katanya, enam anggota penyelamat dan penduduk kampung membantu mengangkat mereka ke dalam dua ambulans sebelum dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk rawatan lanjut.

"Saya difahamkan Intan Nabila menghubungi ibu dan abang iparnya bagi mendapatkan kepastian sama ada cendawan dikutip itu selamat dimakan sebelum memasaknya.

"Bagaimanapun, mereka tersalah membuat pengecaman dan menyangka cendawan itu boleh dimakan, sedangkan ia sebenarnya beracun," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan