BH Online
Ringkasan Berita

Zahid minta isu babit Puad Zarkashi dihentikan, anggap beliau sahabat

BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai pandangan peribadi dan menggesa semua pihak menghentikan polemik berhubung isu berkenaan.
Zahid minta isu babit Puad Zarkashi dihentikan, anggap beliau sahabat

Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai pandangan peribadi dan menggesa semua pihak menghentikan polemik berhubung isu berkenaan.

Dalam masa sama, beliau yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berharap isu itu tidak lagi dibangkitkan bagi mengelak ia berlarutan sehingga mencetuskan serangan balas.

"Itu pandangan peribadi beliau dan beliau adalah sahabat kita. Saya fikir eloklah jika pandangan itu berbeza, pada saat ini kita letakkan tanda noktah supaya tidak timbul permasalahan di akhir nanti," katanya selepas melancarkan Jentera BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani dan DUN Parit Raja di Dataran Tanjung Simpang, Batu Pahat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Puad menafikan tuduhan kononnya keputusan beliau meninggalkan UMNO disebabkan tidak berpuas hati kerana anaknya tidak dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sebaliknya, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu menegaskan keputusan itu dibuat beliau sebagai protes kepada sistem pemilihan calon yang diamalkan BN.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menasihatkan semua pihak termasuk pemimpin UMNO supaya tidak melayan sebarang provokasi atau membuat serangan balas jika isu terbabit terus dimainkan sepanjang PRN Johor.

"Jika sesuatu isu dibangkitkan, pasti akan ada pihak yang membalas. Apabila ini berlaku, budaya balas-membalas tidak baik. Saya tidak mahu perkara-perkara yang boleh mengaibkan dibangkitkan. Sebagai orang Islam, kita hendaklah menutup aib sesama kita," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan