BH Online
Ringkasan Berita

'Ada kejutan...' - Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata akan ada kejutan dalam manifesto gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
'Ada kejutan...' - Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu, malam tadi. - NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

KOTA BHARU: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata akan ada kejutan dalam manifesto gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS, berkata manifesto berkenaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya PN menyenaraikan pelbagai tawaran menarik kepada rakyat Johor yang akan keluar mengundi pada 11 Julai nanti.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu, di sini, malam tadi, berkata perincian tawaran dalam manifesto berkenaan belum diputuskan.

"Saya tidak bertanggungjawab secara langsung dalam penyediaan manifesto itu kerana urusan berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya parti. Manifesto akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Ada kejutan," katanya.

Sebanyak 56 kerusi menjadi rebutan pada PRN Johor dengan 14 daripadanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 27 DUN membabitkan saingan tiga penjuru, 12 kerusi dengan pertembungan empat penjuru dan tiga kawasan lagi menyaksikan saingan lima penjuru.

PAS menamakan calonnya bagi 11 kerusi pada PRN Johor, manakala BERSATU pula dengan 16 calon.

Berdasarkan senarai selepas proses penamaan calon semalam, parti diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang itu akan bertanding atas tiket PN di kerusi DUN Jementah dengan mempertaruhkan Saifullah Abdul Wahab.

Seterusnya, kerusi DUN Tenang (Normala Sudirman), Simpang Jeram (Arshed Yahya @ Awang), Maharani (Mohamad Anuar Hayan), Sungai Balang (Muhammad Amin Sailan), Semerah (Halim Kepol), Sri Medan (Ahmad Rosdi Bahari).

Selain itu, DUN Kahang (Mazlan Bujang), Endau (Hasnul Hakimi Hussien), Pasir Raja (Yuhanita Yunan) dan Tiram (Khirul Muntanazar Ismail).

Video Terkini

Berita Berkaitan