BH Online
Ringkasan Berita

Ban pecah: 344 mangsa banjir dipindahkan ke PPS

KUALA LANGAT: Seramai 344 mangsa banjir di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, dekat Banting, di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian ban pecah yang dilaporkan berlaku awal pagi tadi.
Ban pecah: 344 mangsa banjir dipindahkan ke PPS

Sekitar kawasan RTB Bukit Changgang di Banting yang dilanda banjir hari ini. - Foto ihsan pembaca

KUALA LANGAT: Seramai 344 mangsa banjir di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, dekat Banting, di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian ban pecah yang dilaporkan berlaku awal pagi tadi.

Semua mangsa membabitkan 173 keluarga termasuk 13 orang kurang upaya (OKU) dipindahkan secara berperingkat sejak pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata paras air di lokasi kejadian menunjukkan tren peningkatan pada sebelah pagi meter dengan kedalaman sekitar satu hingga dua meter.

"Seramai 30 mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar oleh anggota bertugas.

"Bagaimanapun, pada sebelah petang, paras air semakin meningkat sebelum lebih ramai mangsa dipindahkan ke PPS.

"Sehingga jam 5.25 petang tadi tiada peningkatan paras dikesan, namun anggota masih melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan banjir," katanya.

Beliau berkata, 15 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, KLIA dan Dengkil digerakkan dalam operasi ini.

Terdahulu, media melaporkan kejadian ban pecah awal pagi tadi menyebabkan 32 rumah di Taman Langat Utama 2 terjejas banjir.

Video Terkini

Berita Berkaitan