BH Online
Ringkasan Berita

Meninggal dunia ketika bermain boling

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika bermain boling di pusat beli belah, di sini, semalam.
Meninggal dunia ketika bermain boling

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika bermain boling di pusat beli belah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun pada jam 12.15 tengah malam hari ini.

Beliau berkata, pengadu yang ketika itu berada di tempat kerja diberitahu rakannya sekitar jam 9 malam bahawa abangnya pengsan ketika bermain boling.

"Mangsa berusia 36 tahun dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia jam 10.12 malam oleh pegawai perubatan.

"Pengawai penyiasat kemudian menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas tubuh si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azaharudin berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan serangan jantung mengejut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Video Terkini

Berita Berkaitan