BH Online
Ringkasan Berita

Ahli Parlimen kritik konvoi motosikal di Kelantan cetus kekecohan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika hari ini selepas seorang penyokong kerajaan mengkritik penganjuran konvoi motosikal anjuran PAS di Kelantan.
Ahli Parlimen kritik konvoi motosikal di Kelantan cetus kekecohan Dewan Rakyat

Dewan Rakyat hari ini selepas Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengkritik penganjuran konvoi motosikal anjuran PAS di Kelantan.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika hari ini selepas seorang penyokong kerajaan mengkritik penganjuran konvoi motosikal anjuran PAS di Kelantan.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026, menyentuh kegiatan lumba haram, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkata, konvoi anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud itu sebagai tidak boleh diterima.

Beliau mendakwa, penganjuran aktiviti seumpama itu mengakibatkan kegiatan lumba haram dalam kalangan anak muda terus berleluasa dan semakin sukar dibendung.

"Mereka akan berlumbalah, sebab disokong kerajaan Kelantan sendiri. Kita perlu kutuk sekeras-kerasnya tindakan ADUN itu. Kita sebagai pemimpin sepatutnya menunjukkan teladan baik, bukannya pergi menganjurkan konvoi pergi ke lapangan terbang. Anjuran mereka ketika itu adalah waktu ramai nak pergi ke Haji.

"Mereka nak naik kapal terbang di Kota Bharu, tetapi mereka panggil konvoi motosikal beramai-ramai pergi ke sana. Sebagai seorang ahli politik, wakil rakyat, sepatutnya menunjukkan teladan baik, bukannya menganjurkan konvoi motosikal yang banyak-banyak pergi ke sana, itu tidak betul," katanya.

Kenyataan pemimpin DAP Melaka itu menyebabkan Salamiah Mohd Nor (PH-Temerloh) bangkit menjelaskan bahawa penganjuran konvoi itu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dia dalam kawalan, bukan seperti lumba haram. Itu saya nak maklumkan dengan polis 'escort' (pengiring) sekali, kebenaran polis juga. Itu konvoi yang dianjurkan, bukannya lumba haram," katanya.

Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang mengambil alih sesi perbahasan kemudiannya, turut mempertikai kenyataan Poay Tiong, apabila secara mudah mengaitkan penganjuran konvoi itu galakan kepada lumba haram.

"Padang Serai, itulah masalahnya. Bila kamu buat konvoi satu kali, lepas itu mereka akan pergi selalu. Itu masalah dia," jawab Poay Tiong.

Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama 'YB YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda PAS Kelantan pada April lalu itu mendapat kecaman di media sosial.

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang kini dalam sesi perbahasan di Parlimen memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun terhadap individu disabitkan kesalahan terlibat dalam aktiviti lumba haram atau menduga kelajuan di jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika membentangkan RUU berkenaan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam berkata, peruntukan baharu Seksyen 42A di bawah pindaan RUU itu menjadikan perbuatan berlumba atau menduga kelajuan satu kesalahan khusus di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pesalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, hukuman lebih berat diperuntukkan iaitu denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan