BH Online
Ringkasan Berita

Kempen Tonton Non Stop raih sambutan memberangsangkan

KUALA LUMPUR: Hampir 1,000 pelanggan telah menyertai kempen penstriman Tonton Non Stop, On Top! hanya beberapa hari selepas dilancarkan, sekali gus mencerminkan sambutan awal yang menggalakkan terhadap inisiatif ganjaran berasaskan tontonan itu.

KUALA LUMPUR: Hampir 1,000 pelanggan telah menyertai kempen penstriman Tonton Non Stop, On Top! hanya beberapa hari selepas dilancarkan, sekali gus mencerminkan sambutan awal yang menggalakkan terhadap inisiatif ganjaran berasaskan tontonan itu.

Kempen anjuran platform penstriman Tonton kini berada dalam pusingan pertama yang berlangsung dari 15 Jun 2026 hingga 28 Jun 2026, jam 11.59 malam.

Dalam tempoh ini, pelanggan TontonUp berpeluang mengumpul mata dengan menstrim kandungan terpilih bagi menebus pelbagai ganjaran menarik.

Antara kandungan pilihan bagi pusingan ini termasuk drama Korea dan tempatan seperti:

  • The Tyrant's Bride to be
  • My Time Travelling Prince
  • My Guy Friend is a Chaebol
  • The MARRY Plan MARRY
  • My Partner The Devil
  • The Devil's Schoolgirl
  • Romance is Comedy
  • Benci Jadi Cinta
  • Level Up to Mess
  • Separuh Nafas Cinta
  • Nur Untuk Ariff
  • Kampong Gatal
  • The Forbidden Bloom
  • Offside Husband

Kempen ini menawarkan jumlah hadiah keseluruhan melebihi RM700,000, menjadikannya antara inisiatif ganjaran penstriman terbesar di Malaysia tahun ini.

Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk Nissan Kicks e Power 1.2L VL, GAC Emkoo 1.5L Turbo, dua unit TQ Wuling Bingo EV, 70 telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons.

Bagi meningkatkan peluang mengumpul mata dengan lebih pantas, ciri Turboost diperkenalkan yang memberikan mata berganda pada hujung minggu bagi kandungan terpilih.

Untuk hujung minggu pertama pada 20 dan 21 Jun 2026, antara kandungan terlibat ialah:

  • Anugerah Tanpa Cahaya
  • Ayahanda
  • Menanti Yang Pasti
  • Switch
  • Sori Voice From the Heart

Selain itu, pelanggan turut boleh memperoleh mata bonus melalui pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga dan rakan.

Setiap hadiah langganan tiga bulan menawarkan 100 mata bonus, manakala langganan 12 bulan memberikan 400 mata bonus.

Orang ramai boleh menyertai kempen ini dengan melayari laman rasmi Tonton atau muat turun aplikasi Tonton bagi mula mengumpul mata dan merebut ganjaran yang ditawarkan.

Video Terkini

Berita Berkaitan