BH Online
Ringkasan Berita

Lagi banyak tontonan lagi cerah peluang menang

KUALA LUMPUR: Pelanggan platform penstriman Tonton kini berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk kereta baharu menerusi kempen Tonton Non Stop, On Top! yang menawarkan ganjaran keseluruhan melebihi RM700,000.

KUALA LUMPUR: Pelanggan platform penstriman Tonton kini berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk kereta baharu menerusi kempen Tonton Non Stop, On Top! yang menawarkan ganjaran keseluruhan melebihi RM700,000.

Kempen terbesar pernah diperkenalkan oleh Tonton itu berlangsung bermula 15 Jun hingga 9 Ogos depan dengan memberi peluang kepada pengguna mengumpul mata hanya melalui aktiviti menonton kandungan terpilih di platform berkenaan.

Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk sebuah Nissan Kicks e Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo serta dua unit TQ Wuling Bingo EV.

Selain itu, pengguna turut berpeluang memenangi 70 unit telefon pintar Oppo dan 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, seramai 298 pemenang akan diumumkan pada setiap kitaran dua minggu membabitkan kategori Hadiah Utama, Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas.

Bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta, kutipan mata dan kedudukan peserta akan ditetapkan semula pada penghujung setiap kitaran dua minggu.

Cara menyertai kempen Tonton Non Stop, On Top! juga cukup mudah:

  1. Muat turun aplikasi Tonton atau layari platform Tonton.
  2. Daftar akaun baharu atau log masuk ke akaun sedia ada.
  3. Langgan pelan TontonUp sama ada untuk tempoh tiga bulan atau 12 bulan.
  4. Mula menonton drama dan kandungan terpilih yang ditetapkan.
  5. Kumpul mata daripada setiap tontonan.
  6. Tingkatkan jumlah tontonan untuk meningkatkan peluang menduduki carta teratas dan memenangi hadiah menarik.

Pengguna juga boleh memperoleh mata tambahan melalui pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga atau rakan.

Setiap hadiah langganan selama tiga bulan menawarkan 100 mata bonus manakala hadiah langganan 12 bulan memberikan 400 mata bonus.

Kempen berkenaan turut memperkenalkan Turboost iaitu sistem khas yang menawarkan mata berganda pada setiap hujung minggu.

Melalui ciri itu, pengguna yang menonton kandungan terpilih pada Sabtu dan Ahad akan menerima mata tambahan secara automatik sekali gus membantu meningkatkan kedudukan mereka dalam carta peserta.

Orang ramai yang berminat boleh memuat turun aplikasi Tonton atau melayari laman sesawang rasmi tonton.com.my untuk mendaftar, melanggan dan memulakan penstriman.

Video Terkini

Berita Berkaitan