BH Online
Ringkasan Berita

"Kalau tak gemar orang rumah, bincang dahulu, jangan lepas makan tengah hari, tiba-tiba jatuh talak" - Peja sindir PAS

KUALA LUMPUR: Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyindir pihak yang memutuskan hubungan dengan sekutu politik, namun mahu terus kekal dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
"Kalau tak gemar orang rumah, bincang dahulu, jangan lepas makan tengah hari, tiba-tiba jatuh talak" - Peja sindir PAS

Datuk Seri Ahmad faizal Azumu.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyindir pihak yang memutuskan hubungan dengan sekutu politik, namun mahu terus kekal dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu dipercayai ditujukan kepada PAS yang sebelum ini dilaporkan memutuskan hubungan politik dengan BERSATU, namun kekal mahu menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Ahmad Faizal berkata, tindakan berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat yang cuba memahami kedudukan sebenar hubungan politik terbabit.

"Ramai pula yang berminat dengan kisah perceraian. Bertubi-tubi ditanyakan kepada teman (saya). Tak kisah sama ada di masjid, di kedai makan mahupun di pasar raya.

"Mereka tanya apa bezanya putus hubungan dengan cerai? Sakit kepala teman nak jawab," katanya.

Melalui hantaran sama, Ahmad Faizal menyindir pihak terbabit dengan menyifatkan mereka seolah-olah terlalu terpesona dengan 'kekasih baharu' sehingga mula mencari kesalahan pasangan lama.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, jika sesebuah hubungan politik tidak lagi dapat diteruskan, ia sepatutnya dibincangkan secara baik dan berhemah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan besar.

"Kalau dah tak gemar (suka) lagi dengan orang rumah, berbincanglah dahulu. Jangan selepas makan tengah hari bersama-sama, tiba-tiba jatuh talak tanpa ribut dan angin," katanya.

Ahmad Faizal turut mempersoal hasrat pihak berkenaan yang didakwa masih mahu mengekalkan kedudukan dalam 'rumah' yang sama walaupun hubungan dengan sekutu terdahulu sudah berakhir.

"Lepas itu, dah jatuh talak, rumah itu macam mana gayanya? Kome (kalian) nak sangat rumah itu? Biar benar.

"Sumpah kome tak malu? Cuba cakap betul-betul," katanya.

Pada 16 Jun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, BERSATU membuat keputusan kekal dalam PN dan akan menggunakan logo PN dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, sebelum PAS menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu bersifat gopoh.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik berkata, kuasa atau watikah berhubung penggunaan logo PN pada PRN perlu ditandatangani oleh Pengerusi PN, bukannya presiden parti.

Video Terkini

Berita Berkaitan