BH Online
Ringkasan Berita

SA Sentral nadi baharu Shah Alam

SHAH ALAM: Pembangunan SA Sentral oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara inisiatif peremajaan bandar bagi menghidupkan semula pusat bandar Shah Alam terutama di Seksyen 14.
SA Sentral nadi baharu Shah Alam

Pembinaan Stesen LRT3 Dato’ Menteri yang terletak sekitar 50 meter ke projek kediaman Linkar 52 dan 150 meter dari Aneka Walk, sekali gus menawarkan kemudahan akses serta persekitaran moden, selesa dan berdaya huni.

SHAH ALAM: Pembangunan SA Sentral oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara inisiatif peremajaan bandar bagi menghidupkan semula pusat bandar Shah Alam terutama di Seksyen 14.

Malah, dengan pembukaan Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), ia dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi baharu pusat bandar ini, sekali gus mengubah cara masyarakat bergerak, bekerja dan menjalani kehidupan harian.

Ketua Pegawai Eksekutif (Designate) SA Sentral, Datuk Mohd Najib Ibrahim, berkata SA Sentral bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi satu usaha strategik untuk menghubungkan semula pusat bandar Shah Alam melalui mobiliti, komuniti dan aktiviti ekonomi yang lebih dinamik.

"Kami percaya pembangunan bandar masa hadapan perlu memberi manfaat bukan sahaja kepada pelabur, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya," katanya.

Merangkumi kawasan seluas 58.68 hektar, pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang berpusat di sekitar Stesen LRT3 Dato' Menteri itu, kawasan itu dibangunkan sebagai sebuah ekosistem bandar bersepadu.

Linkar 52_Court Upper View(1)
Pembinaan Stesen LRT3 Dato’ Menteri yang terletak sekitar 50 meter ke projek kediaman Linkar 52 dan 150 meter dari Aneka Walk, sekali gus menawarkan kemudahan akses serta persekitaran moden, selesa dan berdaya huni.

Ia turut menghubungkan pengangkutan awam, perniagaan, rekreasi serta komuniti dalam satu persekitaran yang lebih terancang, mudah diakses dan lestari.

Menerusi penambahbaikan aset sedia ada, pembangunan ruang awam yang lebih aktif serta peningkatan akses kepada pengangkutan awam, pembangunan SA Sentral itu bakal menjadikan pusat bandar Shah Alam lebih mesra pejalan kaki.

najib ibrahim
Datuk Mohd Najib Ibrahim

 Sokong pertumbuhan ekonomi bandar

Selain itu, ia turut dapat mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian serta mewujudkan suasana bandar yang lebih hidup dan dinamik.

Sebagai pembangunan yang berkonsepkan TOD, SA Sentral dijangka memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi bandar.

Usaha itu juga dapat menarik pelaburan baharu dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Aneka Walk
Pembinaan Stesen LRT3 Dato’ Menteri yang terletak sekitar 50 meter ke projek kediaman Linkar 52 dan 150 meter dari Aneka Walk, sekali gus menawarkan kemudahan akses serta persekitaran moden, selesa dan berdaya huni.

Dengan kedudukannya yang strategik di sekitar Stesen LRT3 Dato' Menteri, SA Sentral akan menjadi pintu masuk utama ke pusat bandar Shah Alam.

Menariknya, ia turut berpotensi muncul sebagai nadi baharu yang menghubungkan masyarakat, peluang ekonomi dan kehidupan bandar masa hadapan dalam sebuah ekosistem yang lebih berdaya saing serta mampan.

Video Terkini

Berita Berkaitan