BH Online
Ringkasan Berita

Tidak berkecil hati sekiranya tidak dicalonkan semula - Mohd Razi

JELEBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui selama tiga penggal, Datuk Mohd Razi Mohd Ali tidak akan berkecil hati sekiranya tidak dinamakan semula sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 1 Ogos ini.
Tidak berkecil hati sekiranya tidak dicalonkan semula - Mohd Razi

ADUN Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali. - Foto NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap.

JELEBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui selama tiga penggal, Datuk Mohd Razi Mohd Ali tidak akan berkecil hati sekiranya tidak dinamakan semula sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 1 Ogos ini.

Mohd Razi berkata semua keputusan sama ada menjadi calon atau tidak akan diputuskan oleh pucuk pimpinan.

Katanya sehingga kini, dia tidak pernah melobi untuk menjadi calon kali ke empat atau meminta-minta untuk menjadi calon di kawasan berkenaan.

"Jika tidak menjadi calon sekalipun, saya akan tetap turun membantu calon baharu dalam kempen dan ceramah yang diadakan.

"Yang penting ketika ini adalah untuk memastikan BN menang dengan selesa dalam PRN kali ini sekaligusdapat membentuk Kerajaan Negeri," katanya ditemui pada program Ceramah Umum Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampai di Danau Kampai malam tadi.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Mohamad FadilMd Zin.

Mohd Razi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata PRN kali ini boleh dianggap ibu segala pilihan raya khususnya di negeri ini memandangkan BN akan bergerak secara solo sekaligus semua pihak dalam parti perlu memainkan peranan dalam memastikan kemenangan BN.

Justeru katanya siapa menjadi calon bukan persoalan utama sebaliknya bagaimana mahu memastikan kemenangan BN.

Pada PRN Ke-15 lalu, Mohd Razi menang dengan majoriti 535 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) Nordin Hasim.

Sementara itu bekas ADUN Pertang dari 2018 hingga 2023 Datuk Noor Azmi Yusof berkata enggan melayan sebarang khabar angin yang mengaitkannya sebagai calon DUN Pertang.

Katanya menjadi calon atau tidak bukan keutamaannya sebaliknya mahu membantu parti menang PRN kali ini.

"Penggal lalu apabila saya tidak dicalonkan semula, saya masih terus kekal setia bersama parti dan kesetiaan itu sudah saya buktikan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan