BH Online
Ringkasan Berita

(TERKINI) 4 maut kemalangan di LPT: Pemandu treler ada 15 rekod saman lampau - Polis

BENTONG: Pemandu lori terbabit kemalangan mengorbankan empat mangsa di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Bentong, petang tadi disahkan mempunyai 15 rekod saman lampau.
(TERKINI) 4 maut kemalangan di LPT: Pemandu treler ada 15 rekod saman lampau - Polis

Kemalangan membabitkan treler dan kereta di LPT menyebabkan empat maut/ - Foto ihsan JBPM

BENTONG: Pemandu lori terbabit kemalangan mengorbankan empat mangsa di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Bentong, petang tadi disahkan mempunyai 15 rekod saman lampau.

Perkara tu disahkan Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, dengan sampel darah lelaki berusia 40 tahun itu turut diambil untuk tujuan analisis toksikologi.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melengkapkan siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, empat termasuk seorang bayi berusia setahun disahkan maut dalam kemalangan itu selepas treler membawa muatan habuk kayu terbalik dan menghempap sebuah Honda City.

Pemandu treler mengalami kecederaan pada kepala serta pinggul dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

6159023552925995339
Kemalangan membabitkan treler dan kereta di LPT menyebabkan empat maut/ - Foto ihsan JBPM

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati treler terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kuantan dan dipercayai hilang kawalan di laluan menuruni bukit dan berselekoh.

"Treler terbabit kemudian terbalik ke sebelah kiri jalan sebelum menghempap kereta di lorong kiri.

"Akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan tiga penumpangnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya mengesahkan mayat semua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Temerloh dengan bedah siasat dijangka dijalankan esok.

Video Terkini

Berita Berkaitan