KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya serta 10 negeri hingga jam 6 petang ini.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, Perak dan Selangor.
Di Kedah, kawasan terbabit ialah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu di Dungun dan Kemaman serta Cameron Highlands, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Bagi Negeri Sembilan, ia membabitkan kawasan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala di Johor, kawasan yang terbabit ialah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Sementara itu, di Sarawak kawasan diramal terjejas ialah Sarikei (Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Matu), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas) manakala di Sabah membabitkan kawasan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).
Menurut kenyataan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.











_1781420924.jpg)












