BH Online
Ringkasan Berita

PRN: 'Yang penting, lawan tetap lawan' - Fadhlina

GEORGETOWN: Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek memaklumkan parti berkenaan dalam proses memuktamadkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing bakal berlangsung pada pertengahan bulan depan dan awal Ogos nanti.
PRN: 'Yang penting, lawan tetap lawan' - Fadhlina

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek. - NSTP/Fail

GEORGETOWN: Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek memaklumkan parti berkenaan dalam proses memuktamadkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing bakal berlangsung pada pertengahan bulan depan dan awal Ogos nanti.

Ditanya sama ada lebih banyak kerusi bakal diperuntukkan PKR kepada calon wanita pada dua PRN berkenaan, beliau sekadar menjawab ringkas: "Kami sedang memuktamadkannya, tetapi yang penting ialah 'lawan tetap lawan'".

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menjelaskan demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Heng Ee, di sini hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon bagi PRN Johor akan diadakan pada 27 Jun ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai dan mengundi pada 11 Julai depan.

Bagi Negeri Sembilan, penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai, diikuti pengundian awal pada 28 Julai dan mengundi pada 1 Ogos.

Video Terkini

Berita Berkaitan