KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di lima negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
METMalaysia menerusi hantaran Facebook, berkata negeri yang dijangka mengalami cuaca berkenaan ialah Selangor yang meliputi kawasan Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala Negeri Sembilan pula di Port Dickson.
"Selain itu, Melaka dan Johor di Pontian, Kulai dan Johor Bahru juga dijangka akan dilanda ribut petir dan hujan lebat.
"Di Sarawak pula membabitkan kawasan Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei(Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat)," katanya.
Agensi berkenaan turut memaklumkan bahawa amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
























