BH Online
Ringkasan Berita

Perpecahan PN jejas agenda tawan Pahang

BERA: Tindakan PAS menamatkan hubungan politik dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat boleh merumitkan usaha gabungan itu untuk menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Perpecahan PN jejas agenda tawan Pahang

Wan Rosdy ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang – Buku Rujukan dan Latihan SPM, STPM dan STAM Tahun 2026, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Purun, Bera, hari ini. Foto Khirrul Nirwan Bahaudin/NSTP

BERA: Tindakan PAS menamatkan hubungan politik dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat boleh merumitkan usaha gabungan itu untuk menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata perkembangan terkini itu menunjukkan usaha yang selama ini diuar-uarkan pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negeri berdepan cabaran lebih besar susulan perpecahan dalam gabungan berkenaan.

"Saya dapati usaha mereka, yang mereka uar-uarkan nampaknya menghadapi jalan yang complicated... jalan yang berliku-liku dan ini berlaku setelah mereka menolak BERSATU dalam PN.

"Sama ada (slogan) PN Teraju Pahang itu sudah boleh 'tutup kedai' yang itu kita boleh buat tafsiran sendirilah," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang – Buku Rujukan dan Latihan SPM, STPM dan STAM Tahun 2026, di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terkini susulan pengumuman PAS menamatkan hubungan politik dengan BERSATU.

Hari ini, PAS Pahang memaklumkan pihaknya akan terus menggunakan slogan PN Teraju Pahang walaupun hubungan politik antara PAS dan BERSATU sudah berakhir.

Video Terkini

Berita Berkaitan