KERETA rosak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, anak tiba tiba demam tengah malam atau kos pembaikan kediaman yang melebihi bajet.
Situasi seperti ini sering berlaku tanpa diduga namun bagi kebanyakan rakyat Malaysia, beban sebenar bukanlah kecemasan itu sendiri tetapi sistem perbankan dengan tempoh menunggu yang panjang untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Hakikatnya, kehidupan tidak pernah menunggu sesiapa. Namun, ramai masih berdepan proses permohonan pinjaman yang mengambil masa dan tidak lagi relevan dengan realiti hari ini.
Menyedari realiti ini, GXBank menerusi kempen Gegar Sistem mengangkat perjuangan rakyat berdepan sistem pinjaman lama yang sering perlahan dan menyusahkan.Â
Dengan mesej "Tak suka, ubah je!", kempen ini membawa pendekatan lebih moden melalui GX FlexiCredit yang menawarkan akses kredit pantas dan fleksibel agar pengguna tidak perlu berdepan proses menunggu yang panjang ketika kecemasan berlaku.
Sebagai bank digital pertama di Malaysia, GXBank bertindak sebagai pencabar menentang sistem perbankan lama dengan menawarkan kelajuan sebagai penawar utama.Â
Ia direka khusus untuk menyokong golongan seperti pekerja gig, freelancer dan graduan muda yang sering berdepan cabaran mendapatkan akses kewangan menerusi sistem perbankan tradisional yang lebih ketat dan tidak fleksibel.
Menerusi GX FlexiCredit, pengguna kini boleh menikmati kemudahan kredit telus yang 100 peratus digital dengan proses kelulusan pantas.Â
Proses permohonan kini lebih pantas dalam masa beberapa minit sahaja tanpa sebarang dokumen fizikal. Cukup sekadar mengemukakan penyata digital KWSP anda bagi menggantikan keperluan slip gaji fizikal.
Pengguna yang layak boleh mengakses had kredit sehingga RM150,000 dan melakukan pengeluaran secara fleksibel serendah RM500 pada bila-bila masa, walaupun pada waktu tengah malam.Â
Selain itu, sistem ini menawarkan pilihan tempoh bayaran balik yang adil antara enam hingga 60 bulan tanpa sebarang yuran penyelesaian awal jika pelanggan memilih untuk membayar lebih awal.Â
Kelebihan dari segi kepantasan ini terbukti melalui tinjauan pelanggan yang mendedahkan lapan daripada sepuluh orang memilih GX FlexiCredit disebabkan oleh kelajuan aksesnya serta ketiadaan birokrasi yang membebankan.
Bagi GXBank, sistem kewangan moden seharusnya menjadi kekuatan bagi memudahkan urusan harian, bukannya menambah beban ketika saat getir.Â
Pendekatan ini selari dengan misi bank tersebut untuk membina negara yang lebih berdaya tahan dari segi kewangan.Â
Selain individu, pemilik perniagaan milikan tunggal juga boleh memanfaatkan GX Biz FlexiLoan untuk membantu menguruskan aliran tunai perniagaan dengan lebih fleksibel ketika berdepan keperluan kewangan tidak dijangka.
Maklumat lanjut mengenai GX FlexiCredit boleh didapati di pautan ini.Â
Tertakluk pada terma, syarat dan kriteria kelayakan.























