BH Online
Ringkasan Berita

Jaslinda susut hampir 10kg, mungkin dibenar keluar hospital minggu ini - Dr Immi

TAPAH: Berat badan Jaslinda Saludin susut hampir 10 kilogram (kg) selepas 14 hari hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini sebelum ditemui selamat Sabtu lalu.
Jaslinda susut hampir 10kg, mungkin dibenar keluar hospital minggu ini - Dr Immi

Pengerusi Kesihatan, Sumber Manusia ,Intergrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India, A Sivanesan (kiri) bersama Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan NGO, Mohd Azlan Helmi (kanan) dan Pengarah Hospital Tapah, Dr Wan Immi Salim ketika melawat Jaslinda Saludin, 49, di Hospital Tapah. - NSTP/L MANIMARAN

TAPAH: Berat badan Jaslinda Saludin susut hampir 10 kilogram (kg) selepas 14 hari hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini sebelum ditemui selamat Sabtu lalu.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Hospital Tapah, Dr Wan Immi Salim, namun mengesahkan Jaslinda menunjukkan perkembangan sangat baik sejak dimasukkan ke hospital.

"Terdapat perbezaan ketara antara keadaan beliau sewaktu dilaporkan hilang dan ketika ditemui. Kami menganggarkan beliau mungkin kehilangan hampir 10kg.

"Bagaimanapun, keadaannya stabil dan terus menunjukkan pemulihan. Beliau boleh makan, bercakap dan berkomunikasi seperti biasa," katanya kepada pemberita hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, Datuk A Sivanesan serta Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi.

Dr Immi berkata pendaki wanita berusia 49 tahun itu dijangka terus berada di bawah pemerhatian beberapa hari lagi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Jika pemulihannya berjalan seperti dijangka, katanya Jaslinda mungkin dibenarkan keluar hospital dalam minggu ini.

Jaslinda dimasukkan ke Hospital Tapah selepas dibawa keluar dari hutan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Beliau sedang menerima rawatan bagi luka dan calar yang dialami sepanjang tempoh tersebut, selain kecederaan pada kaki yang memerlukan pemasangan simen separa.

Walaupun terdapat laporan bahawa beliau beberapa kali terjatuh ketika cuba mencari jalan keluar dari hutan, Dr Immi berkata pemeriksaan perubatan tidak menemukan sebarang bukti kecederaan pada kepala atau otak.

"Ketika kami mula merawatnya, beliau memaklumkan beberapa kali terjatuh, terutama pada peringkat awal kehilangan itu. Beliau dilaporkan terjatuh kira-kira lima meter ke dalam gaung, yang menyebabkan beliau hilang arah dan keliru.

"Disebabkan insiden tersebut, kami menjalankan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan tiada kecederaan pada kepala atau otak.

"Setakat ini, Alhamdulillah, tiada bukti kecederaan pada kepala atau otak beliau. Kecederaan yang dikenal pasti hanyalah luka luaran dan calar," katanya.

6138854382209011695
Pengerusi Kesihatan, Sumber Manusia ,Intergrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India, A Sivanesan (kiri) bersama Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan NGO, Mohd Azlan Helmi (kanan) dan Pengarah Hospital Tapah, Dr Wan Immi Salim ketika melawat Jaslinda Saludin, 49, di Hospital Tapah. - NSTP/L MANIMARAN

Tambah beliau, Jaslinda amat gembira dapat bertemu semula dengan suami, anak-anak dan ahli keluarganya selepas pengalaman traumatik itu.

Ketika ditanya sama ada hospital menyediakan khidmat kaunseling untuknya, Dr Immi berkata hospital tidak mempunyai kaunselor dalaman.

"Namun, kakitangan wad sentiasa memantau keadaan Jaslinda dan saya sendiri bertanya sama ada beliau dapat berehat, tidur dan menyesuaikan diri dengan situasinya.

"Alhamdulillah, semuanya sangat positif. Beliau seorang wanita yang sangat positif dan mempunyai semangat yang kuat. Saya percaya itu menjadi faktor utama kepada proses pemulihannya yang sangat cepat," katanya.

Selepas dua minggu dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda ditemui selamat di sebuah penempatan Orang Asli berhampiran Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh pada Sabtu lalu.

Lagi berita berkaitan:

Jaslinda mula tidur lena, kembali berselera untuk makan - KakakSelepas ditemui, pemantauan makanan diambil Jaslinda paling kritikalPemancing gembira temui Jaslinda selamat walaupun tidak terbabit dalam SARJaslinda dengar nama dipanggil, bunyi wisel dalam hutan tapi tak nampak orang - Tok BatinJaslinda stabil, masih jalani rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Tapah - Pengarah Kesihatan PerakAnak ucap terima kasih, bersyukur kuasa Allah selamatkan JaslindaJaslinda jumpa nota ditinggal pasukan SARSukarelawan Orang Asli bantu operasi SAR anggap penemuan Jaslinda hadiah bermaknaKronologi kes kehilangan, operasi SAR Jaslinda di Gunung Batu Putih sehingga ditemuiAmbil kes Jaslinda sebagai pengajaran, keselamatan perlu jadi keutamaan pendakiPolis selesai rekod keterangan penduduk Orang Asli jumpa JaslindaJaslinda bertahan minum air 'semula jadi' dalam hutanJaslinda ditemui dalam keadaan lemah, menangisSaya tahu orang rumah saya, dia kuat - Suami JaslindaJaslinda alami kecederaan ringan, jatuh dari ketinggian lima meter - BombaDua pemancing pertama berjaya temui Jaslinda - JPBM'Terima kasih.. minta maaf susahkan rakyat Malaysia' - JaslindaAir mata gembira sambut Jaslinda di Hospital TapahJaslinda kongsi pengalaman jumpa 'gua', mengaku rasa macam dah nak matiWarganet bersyukur, turut kongsi kegembiraan dengan penemuan Jaslinda'Syukur Jaslinda ditemui selamat, saya yakin itu dia' - kakakMengaku banyak kali jatuh, ini perkongsian Jaslinda selepas ditemuiKronologi kehilangan Jaslinda di Gunung Batu PutihTerima kasih lindungi Jaslinda: PMSAR Jaslinda: Saarani zahir penghargaan kepada pasukan penyelamat, penduduk Orang AsliJaslinda sekarang ada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk GaharuTERKINI: Jaslinda ditemui selamatSAR Jaslinda pada skala kecil masuk hari ketiga, tiada petunjuk baharu - Bomba'Mohon beri kelonggaran bantu sertai SAR Jaslinda'Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka membantuBerkuat kuasa serta-merta, Perak larang dayhike di tujuh laluan gunung berisikoSAR Jaslinda: Faktor keselamatan halang penglibatan orang awam - PMGMGunung Batu Putih ditutup sementara susulan kehilangan JaslindaSukarelawan Orang Asli janji terus cari Jaslinda selagi mampuOperasi SAR Jaslinda fokus maklumat, petunjuk baharu; semakan semula di kawasan sudah diperiksaOperasi mencari dan menyelamat Jaslinda di Gunung Batu Putih diteruskan - Polis'Kita hantar sukarelawan Orang Asli mahir selok-belok hutan, boleh kesan laluan, jejak, tahu perubahan bentuk muka bumi bantu cari Jaslinda' - Ho BengRedah hutan dan cuaca tidak menentu, misi mencari Jaslinda masih teguhPencarian Jaslinda: Awan berkelompok, angin kuat antara cabaran hantar, ambil pasukan penyelamatKes pendaki sesat, maut: SOP pendakian perlu disemak semula, langkah keselamatan wajar lebih ketat'Hafiz ambil gambar, akak sudah sampai''Hafiz pesan pada Jaslinda tunggu di puncak gunung, tetapi dia akhirnya hilang...' - Rakan pendakiPendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan pengalaman - Malim GunungPendaki hilang di Gunung Batu Putih: Keadaan mangsa memasuki fasa kritikalKeluarga yakin Jaslinda kuat, mampu 'bertahan' - Anak tiriPendaki wanita hilang: Keadaan mangsa masuki fasa kritikal, bomba laksana 'winching point'Botol air, bungkusan suplemen jadi petunjuk baharu kehilangan Jaslinda di Gunung Batu Putih - BombaOps Gunung Batu Putih: SAR Jaslinda diteruskan, GIRN bantu aspek komunikasi

Video Terkini

Berita Berkaitan