BH Online
Ringkasan Berita

Jaslinda mula tidur lena, kembali berselera untuk makan - Kakak

TAPAH: Selepas 14 hari bertarung di hutan belantara, Jaslinda Saludin kini perlahan-lahan kembali menjalani kehidupan normal, dengan keluarganya menyifatkan beliau semakin ceria, kuat dan kembali berselera untuk makan.
Jaslinda mula tidur lena, kembali berselera untuk makan - Kakak

Keadaan Jaslinda yang kini menerima rawatan di Hospital Tapah. - Foto FB Pengarah Hospital Tapah

TAPAH: Selepas 14 hari bertarung di hutan belantara, Jaslinda Saludin kini perlahan-lahan kembali menjalani kehidupan normal, dengan keluarganya menyifatkan beliau semakin ceria, kuat dan kembali berselera untuk makan.

Kakaknya, Jasima, 52, berkata Jaslinda sudah mula makan semula selepas hampir dua minggu tidak mendapat makanan mencukupi.

Jaslinda juga digambarkan begitu teruja menikmati hidangan walaupun doktor masih memantau keadaannya dengan rapi.

"Alhamdulillah, Jaslinda semakin sihat. Dia nampak lebih bertenaga sekarang dan sedikit lebih ceria. Dia mahu makan semuanya, yang memang boleh difahami selepas tidak makan selama 14 hari.

"Namun, keadaannya masih belum benar-benar mengizinkan, jadi kami hanya membenarkan dia makan dalam jumlah yang sedikit pada satu-satu masa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jasima berkata adiknya masih keletihan secara fizikal tetapi berada dalam semangat yang baik dan gembira berbual dengan ahli keluarga yang datang melawatnya di hospital.

Walaupun mengalami beberapa kecederaan sepanjang insiden itu, termasuk kecederaan ringan pada buku lali kiri serta luka pada badan, tangan dan kepala, keadaan keseluruhannya terus menunjukkan perkembangan positif.

"Dia masih letih, tetapi dia ceria dan mahu bercakap dengan kami semua. Setakat ini, dia berada dalam keadaan baik," katanya.

Jasima turut berkata keluarga tidak merancang memindahkan Jaslinda ke fasiliti perubatan lain di Selangor kerana beliau selesa menerima rawatan di Hospital Tapah.

"Dia selesa di sini dan kami berpuas hati dengan rawatan diberikan.

"Kami juga belum tahu bila dia akan dibenarkan keluar hospital kerana ia bergantung keadaan kesihatannya dan nasihat doktor," katanya.

Salah satu perkembangan paling melegakan, katanya ialah Jaslinda kini sudah mula tidur lena semula selepas pengalaman traumatik dilaluinya.

"Dia sudah mula tidur dengan baik. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur," katanya.

Selepas dua minggu dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda ditemukan selamat di sebuah penempatan Orang Asli berhampiran Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh pada Jumaat lalu.

Lagi berita berkaitan:

Selepas ditemui, pemantauan makanan diambil Jaslinda paling kritikalPemancing gembira temui Jaslinda selamat walaupun tidak terbabit dalam SARJaslinda dengar nama dipanggil, bunyi wisel dalam hutan tapi tak nampak orang - Tok BatinJaslinda stabil, masih jalani rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Tapah - Pengarah Kesihatan PerakAnak ucap terima kasih, bersyukur kuasa Allah selamatkan JaslindaJaslinda jumpa nota ditinggal pasukan SARSukarelawan Orang Asli bantu operasi SAR anggap penemuan Jaslinda hadiah bermaknaKronologi kes kehilangan, operasi SAR Jaslinda di Gunung Batu Putih sehingga ditemuiAmbil kes Jaslinda sebagai pengajaran, keselamatan perlu jadi keutamaan pendakiPolis selesai rekod keterangan penduduk Orang Asli jumpa JaslindaJaslinda bertahan minum air 'semula jadi' dalam hutanJaslinda ditemui dalam keadaan lemah, menangisSaya tahu orang rumah saya, dia kuat - Suami JaslindaJaslinda alami kecederaan ringan, jatuh dari ketinggian lima meter - BombaDua pemancing pertama berjaya temui Jaslinda - JPBM'Terima kasih.. minta maaf susahkan rakyat Malaysia' - JaslindaAir mata gembira sambut Jaslinda di Hospital TapahJaslinda kongsi pengalaman jumpa 'gua', mengaku rasa macam dah nak matiWarganet bersyukur, turut kongsi kegembiraan dengan penemuan Jaslinda'Syukur Jaslinda ditemui selamat, saya yakin itu dia' - kakakMengaku banyak kali jatuh, ini perkongsian Jaslinda selepas ditemuiKronologi kehilangan Jaslinda di Gunung Batu PutihTerima kasih lindungi Jaslinda: PMSAR Jaslinda: Saarani zahir penghargaan kepada pasukan penyelamat, penduduk Orang AsliJaslinda sekarang ada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk GaharuTERKINI: Jaslinda ditemui selamatSAR Jaslinda pada skala kecil masuk hari ketiga, tiada petunjuk baharu - Bomba'Mohon beri kelonggaran bantu sertai SAR Jaslinda'Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka membantuBerkuat kuasa serta-merta, Perak larang dayhike di tujuh laluan gunung berisikoSAR Jaslinda: Faktor keselamatan halang penglibatan orang awam - PMGMGunung Batu Putih ditutup sementara susulan kehilangan JaslindaSukarelawan Orang Asli janji terus cari Jaslinda selagi mampuOperasi SAR Jaslinda fokus maklumat, petunjuk baharu; semakan semula di kawasan sudah diperiksaOperasi mencari dan menyelamat Jaslinda di Gunung Batu Putih diteruskan - Polis'Kita hantar sukarelawan Orang Asli mahir selok-belok hutan, boleh kesan laluan, jejak, tahu perubahan bentuk muka bumi bantu cari Jaslinda' - Ho BengRedah hutan dan cuaca tidak menentu, misi mencari Jaslinda masih teguhPencarian Jaslinda: Awan berkelompok, angin kuat antara cabaran hantar, ambil pasukan penyelamatKes pendaki sesat, maut: SOP pendakian perlu disemak semula, langkah keselamatan wajar lebih ketat'Hafiz ambil gambar, akak sudah sampai''Hafiz pesan pada Jaslinda tunggu di puncak gunung, tetapi dia akhirnya hilang...' - Rakan pendakiPendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan pengalaman - Malim GunungPendaki hilang di Gunung Batu Putih: Keadaan mangsa memasuki fasa kritikalKeluarga yakin Jaslinda kuat, mampu 'bertahan' - Anak tiriPendaki wanita hilang: Keadaan mangsa masuki fasa kritikal, bomba laksana 'winching point'Botol air, bungkusan suplemen jadi petunjuk baharu kehilangan Jaslinda di Gunung Batu Putih - BombaOps Gunung Batu Putih: SAR Jaslinda diteruskan, GIRN bantu aspek komunikasi

Video Terkini

Berita Berkaitan