BH Online
Ringkasan Berita

Amaran ribut petir dan hujan lebat di 7 negeri hingga 7 malam

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang serta hujan lebat di tujuh negeri hingga malam ini.
Amaran ribut petir dan hujan lebat di 7 negeri hingga 7 malam

Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang serta hujan lebat di tujuh negeri hingga malam ini.

METMalaysia dalam satu hantaran Fecebook memaklumkan bahawa kawasan yang dijangka mengalami cuaca berkenaan ialah Kedah (Sik dan Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), manakala Terengganu di Besut dan Setiu.

"Selain itu, Negeri Sembilan pula meliputi Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin sementara Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing serta Kota Tinggi juga diramal berlaku angin kencang serta hujan lebat.

"Di Sarawak, kawasan Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) manakala Sabah di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) turut diramal mengalami cuaca sama.

"Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam," katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Video Terkini

Berita Berkaitan